Salam sejahtera Cerdik,
Jika kamu tidak dapat tanda calit, bermakna kamu wajib menyalin jawapan-jawapan berikut sebagai pembetulan.
1. Hairi mencatatkan
pengalamannya di blog ketika di Pulau Langkawi kerana dia ingin merakamkan detik-detik dan tarikh yang
bersejarah bagi dirinya dan keluarganya.
2. Hairi berasa seronok ketika menaiki kapal terbang kerana dia kali pertama menaiki
kapal terbang untuk bercuti.
3. Pandangan saya
terhadap sikap Hairi ialah suka
berjimat kerana dia menjimatkan wang, penggunaan air dan elektrik di rumah.
4. Dua sebab bahawa
bapa Hairi ialah seorang bapa yang baik adalah dia mahu keluarganya mempelajari sesuatu tentang Pulau Langkawi
semasa bercuti dan berharap agar keluarganya bermesra dan mengeratkan hubungan
antara keluarga.
5. Pernyataan yang
dimaksudkan oleh Hairi ialah keluarganya
pergi ke pantai indah yang berhadapan dengan hotel untuk beriadah dan berkelah.
Jika kamu ada pertanyaan, sila hantar SMS atau Whatsapp ke talian 90234134. Saya hanya akan menjawab pertanyaan kamu pada waktu pejabat, Isnin-Jumaat, antara 9 pagi hingga 5 petang.
Berikan buku kamu kepada Faizah, pada 04.02.14, sebelum 7.15 pagi, agar dia boleh menghantarkan kesemua buku kepada saya.
Selamat menyelesaikan tugasan.