Monday, September 30, 2013

Petua Bahasa Melayu Lanjutan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah

Salam sejahtera Cerdas,

Berikut ialah petua:
PERIBAHASA
1. serlah makna dalam ayat
2. kadangkala, makna itu diparafrasa

MENGEDIT TEKS
1. kombinasi 2 perkataan + 3 imbuhan
2. kombinasi 3 perkataan + 2 imbuhan
3. selalunya, jika berimbuhan, salah imbuhan atau perkataan
4. selalunya, jika perkataan, salah perkataan sahaja
5. cari variasi imbuhan, jika salah imbuhan
dipakai
memakai
terpakai
pakaian
memakaikan
dipakaikan
pemakai
berpakai
berpakai-pakai
berpakaian
pemakaian
sepemakaian

SUSUN AYAT
1. baca keseluruhan teks
2. baca semua pendaya (jawapan)
3. cuba masukkan jawapan dalam setiap ruang kosong
4. pangkah nombor pendaya yang salah
5. baca ayat sesudah dan sebelum ruang kosong selepas isi jawapan agar bersesuaian

IDEA UTAMA
1. cuba rumuskan isi perenggan dalam sepotong ayat (jika sukar, ikut proses berikut)
2. cari ayat tunggal sahaja
3. idea utama selalu berada dalam ayat paling depan, paling belakang atau di tengah-tengah 
4. pangkah ayat yang mengandungi:
contoh, tersebut, bahawa, sebagai, dengan, dan, tetapi, atau, seperti, begitu, begini, itu, ini, walaupun, namun, bagai, juga, ia, dia, mereka, -nya, ialah, adalah, kerana, lalu
5. jika semua ayat mengandungi perkataan yang tersenarai, pilih ayat yang paling kurang pangkah
6. buat rumusan jika kesemua ayat sama jumlah pangkah

Selamat mencuba!


---------------------------------------------
Sudahkah kamu selesaikan tugasan sebelum menyemak?

Jawapan:
1. (1) amat sedih
2. (5) saling bantu-membantu
3. (2) tidak mengharapkan apa-apa balasan
4. (8) sentiasa berusaha
5. (7) tidak boleh berenggang

6. mengenalkan (imbuhan)
7. dijalankan (imbuhan)
8. oleh (perkataan)
9. dikecualikan (imbuhan)
10. ujian (perkataan)

11. (8) tidak seharusnya berlaku
12. (7) peraturan baharu
13. (6) suasana yang tenang penting 
14. (4) prihatinlah akan keperluan mereka
15. (5) terima kasih

16. binatang peliharaan dapat digunakan untuk mengajar nilai-nilai yang baik (2).
17. menjadi buruan manusia untuk tujuan perubatan (1) dan perdagangan (1).

18. Tujuan Sarah pergi ke pejabat Cikgu Hairi adalah meminta maaf kerana tidak dapat membayar yuran sekolah (2).

19. Perasaan Sarah ketika berjumpa Cikgu Hairi adalah (2) takut kerana dia tidak berani memandang wajah Cikgu Hairi(2).

20. Dua punca masalah yang dihadapi Sarah adalah ayahnya sakit lalu tidak dapat bekerja (2) dan pak ciknya yang membantunya telah diberhentikan kerja (2).

21. Dua bukti yang menunjukkan bahawa Cikgu Hairi bersikap bijaksana dalam menyelesaikan masalah Sarah adalah dia membayar yuran untuk Sarah tanpa pengetahuan Sarah (2) kerana dia mahu Sarah berusaha menyelesaikan masalahnya (2).

22. Dua contoh pengalaman masa lalu Cikgu Hairi mempengaruhinya adalah dia juga pernah susah sehingga hampir berhenti sekolah (2) tetapi Cikgu Azlina membantunya mendapatkan biasiswa agar terus gigih belajar (2).

23. Dua sebab Cikgu Hairi berperasaan demikian adalah Sarah berusaha untuk kumpulkan duit tetapi masih tidak cukup (2) dan dia ponteng sekolah kerana tiada orang menjaga adik-adiknya (2).

24i. tidak berjaya dijumpai / tidak dapat ditemui

24ii. risau / khuatir / tidak tenteram / tidak senang

Sunday, September 29, 2013

Petua Bahasa Melayu Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah

Salam sejahtera Cerdas,

Berikut ialah petua Karangan BM:
1. Ikut struktur dialog->gambar->dialog->gambar (D1-G1-D2-G2-D3-G3-D4-G4-D5-G5-D6-G6-D7)
2. ASBBMM untuk setiap gambar
3. 1 peribahasa sesuai untuk setiap gambar
4. 10 minit untuk rancang manakala 40 minit untuk menulis karangan
5. Semak ejaan, imbuhan atau peribahasa guna Kamus Dewan selepas selesai menulis karangan 
6. Semak tanda baca, terutama untuk dialog

Berikut ialah petua Kertas 2:
1. Jawab kesemua soalan
2. 'Conteng-conteng' setiap bahagian agar dapat jawapan yang tepat
3. Capai sasaran individu bagi setiap bahagian
4. Semua peribahasa wajib betul
5. Semak guna sistem bintang

Selamat maju jaya!



Thursday, September 26, 2013

Persiapan Terakhir Bahasa Melayu Sebelum Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah

Salam sejahtera Cerdas,

Sudahkah kamu mempersiapkan diri bagi menduduki kertas PSLE Bahasa Melayu?

Sebagai persiapan terakhir, sila selesaikan:
1. Buku jingga PSLE halaman 34-36 dan semua soalan dalam Kertas 2 'PSLE Specimen Paper'.
2. Latihan Pengukuhan 6B halaman 56-58.

Saya akan menaipkan jawapan dalam ruang ini pada hari Sabtu (28.09.13), 10 malam.

Selesaikanlah secara putih hati dan tekun. Insya-Allah, kamu akan meraih ganjaran daripadaNya.

Sesi ulang kaji Bahasa Melayu Lanjutan akan diadakan pada hari Selasa (01.10.13), 1.30-2.30 petang.

Selamat mencuba dan selamat maju jaya!

---------------------------------------------
Sudahkah kamu selesaikan tugasan sebelum mula menyemak? Ingat, membohongi diri sendiri lebih buruk daripada berbohong kepada orang lain.

Jawapan (Buku jingga PSLE)
halaman 34
1. (1)
2. (5)
3. (3)
4. (4) 

halaman 35
1. (4)
2. (1)
3. (2)
4. (6)

halaman 36
1. (3)
2. (6)
3. (4)
4. (5)

PSLE 'Specimen Paper' Kertas 2
1. (3)
2. (4)
3. (1)
4. (4)
5. (1)
6. (4)
7. (3)
8. (3)
9. (1)
10. (1)

11. (3)
12. (2)
13. (4)
14. (2)
15. (2)

16. (2)
17. (4)
18. (3)
19. (4)

20. (3)
21. (4)
22. (4)
23. (2)

24. menjelajahi
25. nyaman
26. melewati
27. langsung
28. keasyikan
29. puas
30. Ketenteraman
31. memang

32. (2)
33. (1)
34. (5)
35. (3)

36. Perkara yang menyebabkan Halim teringat peristiwa yang berlaku 20 tahun dahulu ialah berita kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu yang cuai (2).

37. Azman tidak sempat bertindak kerana sedang tunduk membaca buku (2) ATAU dia tergamam (2).

38. Bukti-bukti untuk menyokong bahawa Azman seorang rakan yang sejati adalah dia membimbing Halim dalam pelajaran (2) dan Azman menjadi orang pertama mendengar masalah Halim (2).

39. Kata-kata Halim menjelaskan bahawa kemalangan itu membuatnya menziarahi Azman di rumahnya (2) dan Halim tidak mahu Azman tertinggal dalam pelajaran (2).

40. Dua pengajaran yang diperoleh Halim daripada peristiwa itu adalah kecuaian di jalan raya boleh membawa padah (2) dan menuruti nasihat ibunya (2).


41a 

i. jatuh 
ii. bangun / terjaga
iii. berdenging-denging / terdengar-dengar

41b. terpampang


Latihan Pengukuhan 6B halaman 56-58
36. Perkara yang membuat Salman berasa amat bersalah adalah kehilangan kamera yang dipinjamkan ibunya (2) ATAU kehilangan wang yang diberikan ibunya untuk membayar duit bulanan kereta (2).

37. Lelaki itu menyergah Salman dan rakan-rakannya kerana menghalau mereka dari tanah perkuburan (2).

38. Salman berpendirian demikian kerana dia harus mengaku akan kesilapannya (2) walau apapun rekasi ibunya (2).

39. Bukti-bukti Salman seorang budak yang berani adalah dia pergi ke tanah perkuburan pada pukul 11 malam (2) dan dia mahu memberitahu ibunya tentang kecuiannya (2).

40. Dua pengajaran yang saya peroleh daripada cerita ini adalah jangan cuai (2) dan bertanggungjawab atas perbuatan yang salah (2).

41a.
i. hilang / lenyap / tidak ada lagi
ii. menakutkan / memeranjatkan / membentak / mengherdik
iii. bergerak dengan cepat / pergi dengan lekas / berkejar

41b. berharga (tiada dalam petikan)

Wednesday, September 18, 2013

Karangan Darjah 6BM (2013) - Karangan Terbaik 10


_____"Ah, aku mahu ambil angin di luarlah!" aku berkata dengan perasaan bosan.

_____Aku berasa bosan di rumah lalu berjalan ke arah pintu rumahku. Aku terhidu asap tetapi aku lepas tangan sahaja kerana mungkin itu bau masakan jiranku. Aku membuka pintu itu lalu keluar daripada rumahku. Apabila aku berada di kolong blok rumahku, aku terhidu asap yang lebih kuat. Aku pusing lalu ternampak rumah jiranku terbakar.

_____"Api! Api!" aku pekik meminta tolong daripada orang-orang di sekelilingku.

_____Api itu sangat menyeramkan. Aku ada akal lalu menelefon pasukan polis dan pasukan bomba untuk memadamkan api itu. Aku memberita mereka alamat rumah jiranku. Aku pekik lantang untuk memberitahu penduduk-penduduk di kawasan itu agar menyelamatkan diri. Ternyata, jiranku memberitahu bahawa ada seseorang yang telah terperangkap dalam rumah yang terbakar itu.

_____"Nino! Nino!" bunyi semboyan lori bomba dengan kuat.

_____Aku memberitahu pegawai polis tentang apa yang aku telah saksikan lalu sekumpulan anggota bomba mengeluarkan alat-alat mereka untuk memadamkan api itu. Pasukan itu seperti lipas kudung kerana mereka bergerak pantas. Apabila anggota-anggota bomba telah bersedia, asap semakin berkepul-kepul dari rumah itu.

_____"Satu, dua ,tiga!" pekik anggota-anggota bomba itu dengan suara yang lantang.

_____Mereka ada jalan untuk memadamkan api itu. Mereka gunakan tangga automatik dan pancutan air untuk memadamkan api itu. Hos air itu sangat menakjubkan kerana aku tidak pernah melihat hos bomba yang keluarkan air dengan pantas dan kuat.

_____"Wha!Wha!" jerit seorang budak yang terperangkap di dalam rumah itu.

_____Pasukan bomba itu telah berjaya menyelamatkan nyawa seseorang. Mereka perah tenaga untuk menyelamatkan seorang budak. Ibu budak itu sangat bersyukur lalu berterima kasih kepada aku dan pasukan bomba serta pasukan polis itu.

_____"Aah, Aku berasa kagum terhadap perbuatan mereka!" aku berkata sambil berasa bangga terhadap mereka. 

_____Aku menelefon isteriku untuk membenarkan jiran kami tinggal di rumah kami selama sebulan sahaja kerana rumahnya terbakar. Isteriku bersetuju terhadap keputusanku. Jiranku berterima kasih lalu mahu mengupah aku disebabkan kebaikanku tetapi aku menolak kerana aku putih hati menolongnya.

_____"Tidak mengapa Cik Lee, gunakan wang ini untuk anak-anak kamu, ya?" aku berkata secara ikhlas.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Syarifah Nursyahirah Bte SA
6 Observant
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 17
Bahasa - 18

Ulasan guru:
- rumahku, jiranku, isteriku ... (sambung)
+ jalan cerita tersusun
+ ayat dan dialog dramatik
+ penggunaan peribahasa sesuai
+ struktur D-G-D jelas



Wednesday, September 4, 2013

Darjah 6 (2013) - Set 18

Salam Sejahtera Cerdas, 

Berikut ialah jawapan bagi Set 18. Pastikan kamu menjawab kesemua soalan terlebih dahulu sebelum memeriksa jawapan. Buat pembetulan, jika jawapan asal kamu salah.

1. (2)
2. (1)
3. (3)
4. (3)
5. (1)
6. (2)
7. (3)
8. (4)
9. (1)
10. (1)

11. (1)
12. (2)
13. (3)
14. (4)
15. (1)

16. (4)
17. (2)
18. (3)
19. (1)

20. (1)
21. (3)
22. (2)
23. (4)

24. mempunyai
25. akan / selalu
26. juga
27. berkawan
28. dengan
29. menconteng
30. menasihati
31. kejadian


32. (2)
33. (4)
34. (1)
35. (5)

36. Hamid menangguhkan impiannya untuk membeli permainan elektronik kerana wang simpanannya akan digunakan untuk membawa ibunya ke hospital (2). ATAU membiayai kos rawatan hospital ibunya (2).

37. Ibu Hamid menyara kehidupan keluarganya dengan bekerja sebagai pembantu pembersih di sebuah pusat membeli-belah (2). ATAU mengambil upah menjahit baju pada waktu malam (2).

38. Dua bukti yang menujukkan bahawa keluarga Hamid susah adalah ayahnya telah meninggal dunia (2) dan ibunya tidak mampu pergi ke hospital kerana memerlukan wang yang banyak (2).

39. Dua bukti untuk menyokong bahawa Hamid adalah seorang anak yang penyayang adalah Hamid sanggup menggunakan wang simpanannya untuk membayar kos rawatan ibunya di hospital (2) dan dia mengingatkan ibunya agar tidak bekerja terlalu keras (2). ATAU dia juga membelikan makanan yang berzat untuk ibunya (2).

40. Satu sikap terpuji Hamid adalah dia mengeluarkan wang simpanannya (2) untuk kos rawatan ibunya di hospital (2). ATAU dia membelikan makanan yang lazat untuk ibunya (2) kerana dia tidak sanggup melihat tahap kesihatan ibunya semakin teruk (2). ATAU dia tidak mahu membeli permainan idamannya (2) asalkan ibunya sihat (2).

41a.
(i) mengandungi khasiat 
(ii) menghiraukan / mempedulikan / mengambil tahu
(iii) pulih / baik semula / kembali menjadi sihat

41b. nekad




Perhatian: Setiap jawapan kefahaman subjektif mesti dalam bentuk sepotong ayat.