Saturday, August 24, 2013

Darjah 6BML (2013) - Kefahaman halaman 23, 24 dan 25

Salam sejahtera Cerdas,

Murid-murid BML, sila selesaikan kefahaman halaman 23, 24 dan 25 dalam buku PSLE 2008-2012. Saya akan berikan jawapan pada 25.08.13, pukul 9 malam.

Ingat, berusaha menjawab kesemua soalan sebelum menyemak jawapan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Gunakan kesemua petua dan langkah-langkah yang telah saya ajarkan semasa menjawab soalan-soalan kefahaman.

Selamat mencuba!

---

Sudahkah kamu selesai sebelum semak? Membohongi diri sendiri lebih buruk daripada membohongi orang lain ...


Jawapan:
1. Amirul tersenyum puas kerana telah menyelesaikan rutin harian (2) ATAU kerana dia telah menyiapkan sarapan untuk keluarganya.

2. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam kehidupan Encik Zamri sekeluarga setelah pendapatannya terjejas adalah mereka telah berpindah ke rumah yang lebih kecil (2) dan menghentikan khidmat pembantu rumah (2).

3. Perkara-perkara yang dilakukan oleh Amirul untuk mengatasi rutin baharu adalah dia belajar membahagikan masa daripada teman-temannya (2) dan mendapatkan pertolongan daripada guru-gurunya setelah pelajarannya merosot (2).

4. Bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Izat dan Marni tidak memahami masalah yang dihadapi keluarga mereka adalah mereka terus meminta bapa mereka membelikan makanan yang sedap-sedap dan mainan yang mahal-mahal (2) dan mendesak ibu mereka agar membawa mereka keluar berjalan (2).

5. Dua cara yang dilakukan oleh Encik Zamri dan Puan Lina untuk memastikan mereka dapat memenuhi permintaan adik-adik Amirul adalah mereka terpaksa ikat perut (2) dan bekerja pada hujung minggu (2).

6. Harapan Puan Lina apabila dia mengatakan demikian adalah supaya anak-anaknya terus berjimat cermat (2) dan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik jika mereka terus bersatu (2).

7i. kaya / berada
7ii. menyatakan niat / meminta izin

No comments:

Post a Comment