Tuesday, August 27, 2013

Kata Tugas Darjah 6BM (2013) - Petua

Salam sejahtera Cerdas,

Berikut ialah petua menjawab komponen Kata Tugas.

1. Kenal pasti golongan kata setiap perkataan.

2. Baca petikan secara ringkas untuk mengenal pasti jalan cerita. (1 minit)

3. Baca petikan secara teliti untuk memadankan perkataan.

4. Pangkah perkataan yang telah digunakan.

5. Setelah selesai mengisi semua ruang kosong, baca petikan sekali lagi.

6. Cuba padankan perkataan yang tidak digunakan.

7. Buat pembetulan, jika perlu.

8. Bubuh tanda bintang bagi nombor soalan yang kamu pasti jawapannya betul.

Selamat mencuba!

Darjah 6BM (2013) - Buku PSLE halaman 19-28

Salam sejahtera Cerdas,

Sudahkah kamu selesaikan halaman 19-28?Ingat, membohongi diri sendiri lebih rugi daripada membohongi orang lain.

Berikut ialah jawapan-jawapan.

halaman 19-20:
1. (3)
2. (2)
3. (4)
4. (3)

halaman 21-22
1. (3)
2. (3)
3. (2)
4. (4)

halaman 23-24
1. (4)
2. (1)
3. (2)
4. (1)
5. (3)

halaman 25-26
1. (3)
2. (1 / 2)
3. (2)
4. (1)

halaman 27-28
1. (4)
2. (3)
3. (2)
4. (4)

Kefahaman Darjah 6BML (2013) - Petua

Salam sejahtera Cerdas,

Berikut ialah petua menjawab soalan kefahaman subjektif:


1. Baca petikan secara ringkas untuk mengenal pasti jalan cerita. (1 minit)


2. Baca petikan secara teliti untuk mengenal pasti perkataan baru atau sukar difahami. (5 min)


3. Bulatkan perkataan baru atau sukar difahami, jika ada.

4. Baca semua soalan secara teliti.

5. Serlah dan salin batang soalan.

6. Kenal pasti kata kunci dalam batang soalan.

7. Garis isi jawapan dalam petikan dan bubuh anak panah serta nombor soalan.

8. 2 markah = 1 isi jawapan, 4 markah = 2 isi jawapan.

9. Semak ejaan, bahasa dan tanda titik.

10. Jawab semua soalan walaupun tidak pasti isi jawapan. Jangan biarkan ruang jawapan kosong.

11. Bubuh tanda bintang bagi nombor soalan yang kamu pasti jawapannya betul.

12. Sasaran bahagian ini ialah 18/26 markah.

Amaran: Tiada jawapan ringkas atau pendek bagi semua soalan kefahaman BML!


Selamat mencuba!

Saturday, August 24, 2013

Darjah 6BML (2013) - Kefahaman halaman 23, 24 dan 25

Salam sejahtera Cerdas,

Murid-murid BML, sila selesaikan kefahaman halaman 23, 24 dan 25 dalam buku PSLE 2008-2012. Saya akan berikan jawapan pada 25.08.13, pukul 9 malam.

Ingat, berusaha menjawab kesemua soalan sebelum menyemak jawapan. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Gunakan kesemua petua dan langkah-langkah yang telah saya ajarkan semasa menjawab soalan-soalan kefahaman.

Selamat mencuba!

---

Sudahkah kamu selesai sebelum semak? Membohongi diri sendiri lebih buruk daripada membohongi orang lain ...


Jawapan:
1. Amirul tersenyum puas kerana telah menyelesaikan rutin harian (2) ATAU kerana dia telah menyiapkan sarapan untuk keluarganya.

2. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam kehidupan Encik Zamri sekeluarga setelah pendapatannya terjejas adalah mereka telah berpindah ke rumah yang lebih kecil (2) dan menghentikan khidmat pembantu rumah (2).

3. Perkara-perkara yang dilakukan oleh Amirul untuk mengatasi rutin baharu adalah dia belajar membahagikan masa daripada teman-temannya (2) dan mendapatkan pertolongan daripada guru-gurunya setelah pelajarannya merosot (2).

4. Bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Izat dan Marni tidak memahami masalah yang dihadapi keluarga mereka adalah mereka terus meminta bapa mereka membelikan makanan yang sedap-sedap dan mainan yang mahal-mahal (2) dan mendesak ibu mereka agar membawa mereka keluar berjalan (2).

5. Dua cara yang dilakukan oleh Encik Zamri dan Puan Lina untuk memastikan mereka dapat memenuhi permintaan adik-adik Amirul adalah mereka terpaksa ikat perut (2) dan bekerja pada hujung minggu (2).

6. Harapan Puan Lina apabila dia mengatakan demikian adalah supaya anak-anaknya terus berjimat cermat (2) dan mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik jika mereka terus bersatu (2).

7i. kaya / berada
7ii. menyatakan niat / meminta izin

Thursday, August 22, 2013

Darjah 6BML (2013) - Kefahaman halaman 20, 21 dan 22

Salam sejahtera Cerdas,

Murid-murid BML, sila selesaikan kefahaman halaman 20, 21 dan 22 dalam buku PSLE 2008-2012. Saya akan berikan jawapan pada 23.08.13, pukul 9 malam.

Ingat, berusaha menjawab kesemua soalan sebelum menyemak jawapan. Ketabahan kunci kejayaan.

Gunakan kesemua petua dan langkah-langkah yang telah saya ajarkan semasa menjawab soalan-soalan kefahaman.

Selamat mencuba!

---

Sudahkah kamu selesai sebelum semak? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui ...

Jawapan:
1. Azlin dan Farah bertemu kembali setelah lama berpisah dalam pertandingan badminton (2).
2. Dua sebab Azlin berubah hati terhadap Farah adalah Farah mampu menunjukkan kelakonan yang lebih baik (2) sehingga dia mula malu dan cemburu apabila bapanya memuji Farah (2).
3. Dua aktiviti yang biasa dilakukan Azlin bersama Farah pada satu ketika dahulu adalah sering berkunjung ke rumah satu sama lain (2) dan bertemu untuk latihan badminton pada masa yang terluang (2).
4. Dua bukti bahawa Azlin masih berdendam terhadap Farah adalah dia tidak membalas senyuman Farah (2) dan mengetap bibirnya menahan marah ketika Farah berjalan masuk ke gelanggang (2).
5. Dua tindakan Farah yang menunjukkan bahawa dia telah memaafkan Azlin adalah dia berlari ke arah Azlin semasa kakinya terseliuh (2) dan dia datang ke rumah Azlin untuk menziarahinya (2).
6. Dua bukti bahawa sikap iri hati Azlin itu telah merugikan dirinya adalah dia bermusuhan dengan Farah (2) dan tidak dapat belajar kemahiran bermain badminton daripada Farah (2).
7i. tidak dapat memberikan perhatian sepenuhnya / tidak dapat fokus
7ii. ditunda / dimansuhkan / dihentikan

Wednesday, August 21, 2013

Darjah 6BML (2013) - Kefahaman halaman 17, 18 dan 19

Salam sejahtera Cerdas,

Murid-murid BML, sila selesaikan kefahaman halaman 17, 18 dan 19 dalam buku PSLE 2008-2012. Saya akan berikan jawapan pada 22.08.13, pukul 9 malam.

Ingat, berusaha menjawab kesemua soalan sebelum menyemak jawapan. Ketabahan kunci kejayaan.

Gunakan kesemua petua dan langkah-langkah yang telah saya ajarkan semasa menjawab soalan-soalan kefahaman.

Selamat mencuba!

Jawapan:
1. Hubungan Ain dengan Syikin adalah kawan sejak kecil (2).
2. Tanggungjawab yang telah dilaksanakan oleh Syikin adalah menceritakan kepada Cikgu Malik bahawa Ain meniru semasa ujian (2).
3. Dua sebab Ain berasa tertekan adalah ibu bapanya pasti hampa jika dia gagal dalam ujian (2) dan dia menganggap dirinya tidak sebijak kakak dan abangnya (2).
4. Dua bukti yang menunjukkan bahawa Ain marah akan Syikin adalah matanya tajam merenung Syikin semasa disoal oleh Cikgu Malik (2) dan dia sengaja menumpahkah air ke atas lukisan Syikin (2).
5. Dua sebab pen itu amat dihargai Syikin adalah pen itu pemberian datuknya (2) sebagai hadiah kenang-kenangan (2).
6. Perkara yang sebenarnya terjadi kepada pen Syikin adalah pen itu tertinggal dalam buku latihannya (2) manakala lukisan Syikin tidak sengaja dirosakkan oleh Ain (2).
7. Syikin berasa sedih kerana dia buruk sangka akan Ain (2) dan menuduhnya mengambil pennya (2).
8i. gagal mengotai / gagal memenuhi / gagal menunaikan / mungkir
8ii. membisu / tidak berkata apa-apa /membiarkan sahaja / tidak mempedulikan
9i. hanya / cuma
9ii. kecewa
10i. menjauhi
10ii. membetulkan

Wednesday, August 14, 2013

Doa & Wirid untuk Pelajar

http://www.sendspace.com/file/1kbv13

Salam Sejahtera Cerdas,


Sila muat turun dokumen 'Doa & Wirid untuk Pelajar' jika mahu dengan menekan pautan di atas. Kemudian, klik: 'Click here to start download from sendspace'


Selamat maju jaya bagi PSLE Lisan esok!




Thursday, August 1, 2013

Pesta Budaya Chongfu - Darjah 6 Lagu Hari Raya

Selamat Sejahtera Cerdas,

Kamu perlu mendengar lagu-lagu hari raya yang terpilih agar menyiapkan diri dalam Kuiz Lagu Hari Raya.

Kamu perlu mengenal pasti tajuk-tajuk dan juga senikata-senikata lagu-lagu yang tersenarai:
1. Suatu Hari di Hari Raya
http://www.youtube.com/watch?v=rRyQQ9xzcc8

Klik pautan lagu-lagu agar kamu boleh menonton lagu-lagu itu di Youtube.

Selamat mencuba!