Wednesday, March 13, 2013

Karangan Darjah 6BML - (1) Karangan Terbaik


_____Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Suasana di sekeliling sunyi sepi. Aku hanya terdengar bunyi cengkerik menyanyi-nyanyi kegembiraan.

_____“Ifah, kau lihat ke arah sana,’ bisik Mira kepada sahabat baiknya.

_____Semasa Ifah memandang ke arah yang ditunjukkan Mira, dia terlihat sebuah lembaga bersembunyi di belakang sebatang pokok. Lembaga itu selalu memandang ke arah kami. Kami tidak boleh melihat rupanya dengan jelas kerana lembaga itu berwarna hitam. Kami terkejut lalu melarikan diri dari tempat itu.

_____“Mira, apakah itu? Aku fikir itu hantu,” kata Ifah.

_____“Ish, fikirlah sesuatu yang positif! Hantu tidak wujud dalam dunia,” aku menyahut.

_____Kami pulang ke rumah lalu memberitahu kedua-dua ibu bapa kami yang tersayang. Apabila kami sudah memberitahu tentang kejadian tadi, ibuku ingin mengetahui tempat yang aku menjumpai lembaga itu. Aku pun memberitahu ibuku.

_____Ibuku terkejut lalu dia mengatakan bahawa tidak ada orang kampung yang pernah melaporkan tentang lembaga itu. Ibu mengatakan bahawa aku mereka cerita palsu.

_____Pada keesokan hari, aku dan Mira berjumpa di tempat yang sama untuk berbincang tentang lembaga itu. Aku dan Mira berasa pelik kerana ibu baap kami tidak mempercayai cerita kami. Kami berbual sehingga larut malam.

_____Matahari sudah terbit lalu cerita kami tersebar ke seluruh kampung. Rupa-rupanya, penghuni dua buah rumah di Taman Sembawang telah kehilangan wang. Aku yakin bahawa lembaga itu telah mencurinya.

_____Aku cuba meyakinkan ibu tentang lembaga itu. Kini, ibuku mempercayai kata-kataku. Ibu bapaku bertemu ketua kampung untuk melaporkan ceritaku. Ketua kampung mempercayai cerita itu lalu mengarahkan orang-orang kampung agar menghapuskan lembaga itu pada malam itu juga.

_____Matahari terbenam lalu muncul Sang Bulan. Ketua kampung dan orang-orang kampung tiba sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran di Taman Sembawang. Apabila kami tiba di sebuah rumah, kami terdengar suara seseorang menjerit lantang. Kami teruskan bacaan sehingga ternampak seorang lelaki tua muncul dari sebuah rumah yang terbakar bersama dengan sebuah toyol.

_____Kami terkejut lalu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan lantang. Toyol itu menjerit kepanasan lalu musnah. Seorang ustaz menyuruh lelaki itu bertaubat. Setelah lelaki itu bertaubat, dia menghembuskan nafas terakhir. Api di rumahnya terpadam.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Sharifah Nursyahirah Bte S A
6 Observant
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 14
Bahasa - 12

Ulasan Guru:
- Awasi penggunaan 'aku' vs 'saya'
- Setiap dialog perlu perenggan baru
- Idea-idea menarik seolah-olah filem seram
- Awasi ejaan.

No comments:

Post a Comment