Sunday, March 31, 2013

Pesta Bahasa Chongfu - Rap Bahasa D6

Selamat Sejahtera Cerdas,

Berikut ialah senarai lagu-lagu rap Melayu yang kamu boleh rujuk:

1. Ahli Fiqir - 2x5
http://www.youtube.com/watch?v=QxttENdkpw4&list=PL6421E8CD0D356F22

2. Ahli Fiqir - Ambila Ambillah 
http://www.youtube.com/watch?v=bVKpUdaeW2Y

3. Ahli Fiqir - Angguk-angguk Geleng-geleng 
http://www.youtube.com/watch?v=fVPMV4WPKyQ

4. Ahli Fiqir - Derita Merindu 
http://www.youtube.com/watch?v=A6rccdcNLlw

5. Ahli Fiqir - Dia Datang 
http://www.youtube.com/watch?v=fOM5Wff5kwE

6. Ahli Fiqir - Janganlah Pergi Mawar 
http://www.youtube.com/watch?v=JJL5DNvm1ws

7. Ahli Fiqir - Kalau Melayu Memang Melayu 
http://www.youtube.com/watch?v=RVnyyChiXAg

8. Ahli Fiqir - Kelentong 
http://www.youtube.com/watch?v=B87MM6dBXUM

9. Ahli Fiqir - Langkah Laksamana 
http://www.youtube.com/watch?v=-uOVvixFt7c

10. Altimet - Sayang Sayang 
http://www.youtube.com/watch?v=92bMKf-0L74

11. DJ Fuzz - Bangkit 
http://www.youtube.com/watch?v=d4OzxDRJ4BU

12. Jamal Abdillah - Aku Maafkan Kamu 
http://www.youtube.com/watch?v=RAsVtswC4Zg

13. Jimmy Palikat - Anak Kampung 
http://www.youtube.com/watch?v=ChdXiDaIMEQ

14. Malique - Mantera Beradu 
http://www.youtube.com/watch?v=M938d7ma4cA

15. Ultras Malaya - Selamanya 
http://www.youtube.com/watch?v=g1thjHFNcsA

16. Sleeq - Untuk Dia 
http://www.youtube.com/watch?v=GlO2sSuezXw

17. Too Phat - Alhamdulilah 
http://www.youtube.com/watch?v=wsw4BdDMs0U

18. Zizan - Bawaku Pergi 
http://www.youtube.com/watch?v=g-0SbLyIcg8

19. Zizan - Selamat Tinggal 
http://www.youtube.com/watch?v=nrCtr_Wk4ao

20. Ahli Fiqir - Fikir Fikir 
http://www.youtube.com/watch?v=M6hsTnJBPIs

21. Altimet - Kalau Berpacaran 
http://www.youtube.com/watch?v=JU298GkwoZs

22. Jinbara - Jangan Lama-lama 
http://www.youtube.com/watch?v=vQeHJpi3o0A

23. Malique - Bangun Harimau Bangun 
http://www.youtube.com/watch?v=JFj9l6VDY3U

24. Ramlah Ram - Sesaat Kau Datang 
http://www.youtube.com/watch?v=_tACuMP5V0U

Arahan: Rap Bahasa ialah kegiatan berpasangan sahaja. Pilih 2 atau 3 lagu sebagai persediaan tetapi hanya satu lagu boleh dipersembahkan. Markah akan diberikan untuk Sebutan (10m) + Gaya (10m) + Persiapan (10m) + Kreativiti (10m). 5 markah bonus akan diberikan kepada kumpulan yang menghasilkan lirik tersendiri.

Amaran: Jika terlihat pautan video yang kurang elok, hindari daripada menonton kandungan video itu!

Selamat mencuba!


Wednesday, March 13, 2013

Karangan Darjah 6BML - (1) Karangan Terbaik


_____Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Suasana di sekeliling sunyi sepi. Aku hanya terdengar bunyi cengkerik menyanyi-nyanyi kegembiraan.

_____“Ifah, kau lihat ke arah sana,’ bisik Mira kepada sahabat baiknya.

_____Semasa Ifah memandang ke arah yang ditunjukkan Mira, dia terlihat sebuah lembaga bersembunyi di belakang sebatang pokok. Lembaga itu selalu memandang ke arah kami. Kami tidak boleh melihat rupanya dengan jelas kerana lembaga itu berwarna hitam. Kami terkejut lalu melarikan diri dari tempat itu.

_____“Mira, apakah itu? Aku fikir itu hantu,” kata Ifah.

_____“Ish, fikirlah sesuatu yang positif! Hantu tidak wujud dalam dunia,” aku menyahut.

_____Kami pulang ke rumah lalu memberitahu kedua-dua ibu bapa kami yang tersayang. Apabila kami sudah memberitahu tentang kejadian tadi, ibuku ingin mengetahui tempat yang aku menjumpai lembaga itu. Aku pun memberitahu ibuku.

_____Ibuku terkejut lalu dia mengatakan bahawa tidak ada orang kampung yang pernah melaporkan tentang lembaga itu. Ibu mengatakan bahawa aku mereka cerita palsu.

_____Pada keesokan hari, aku dan Mira berjumpa di tempat yang sama untuk berbincang tentang lembaga itu. Aku dan Mira berasa pelik kerana ibu baap kami tidak mempercayai cerita kami. Kami berbual sehingga larut malam.

_____Matahari sudah terbit lalu cerita kami tersebar ke seluruh kampung. Rupa-rupanya, penghuni dua buah rumah di Taman Sembawang telah kehilangan wang. Aku yakin bahawa lembaga itu telah mencurinya.

_____Aku cuba meyakinkan ibu tentang lembaga itu. Kini, ibuku mempercayai kata-kataku. Ibu bapaku bertemu ketua kampung untuk melaporkan ceritaku. Ketua kampung mempercayai cerita itu lalu mengarahkan orang-orang kampung agar menghapuskan lembaga itu pada malam itu juga.

_____Matahari terbenam lalu muncul Sang Bulan. Ketua kampung dan orang-orang kampung tiba sambil membaca ayat-ayat suci Al-Quran di Taman Sembawang. Apabila kami tiba di sebuah rumah, kami terdengar suara seseorang menjerit lantang. Kami teruskan bacaan sehingga ternampak seorang lelaki tua muncul dari sebuah rumah yang terbakar bersama dengan sebuah toyol.

_____Kami terkejut lalu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan lantang. Toyol itu menjerit kepanasan lalu musnah. Seorang ustaz menyuruh lelaki itu bertaubat. Setelah lelaki itu bertaubat, dia menghembuskan nafas terakhir. Api di rumahnya terpadam.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Sharifah Nursyahirah Bte S A
6 Observant
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 14
Bahasa - 12

Ulasan Guru:
- Awasi penggunaan 'aku' vs 'saya'
- Setiap dialog perlu perenggan baru
- Idea-idea menarik seolah-olah filem seram
- Awasi ejaan.

Karangan Darjah 3 - (1) (Karangan Terbaik)





_____Pada suatu hari, Nizam terperanjat apabila kawan-kawannya membelikan kek untuk dia kerana dia meraikan hari lahirnya. Kemudian, mereka membawa kek itu ke dapur. Kawan-kawannya pun membawa banyak hadiah untuk dia. Nizam berasa sangat gembira.

_____Kawan-kawan Nizam iaitu Haris, Nina dan Hazim menyanyikan lagu hari lahir untuk dia. Mereka pun bertepuk tangan apabila mereka sudah selesai menyanyikan lagu hari lahir.

_____Kemudian, Nizam memotong kek itu lalu memberikan kepada kawan-kawannya. Keknya berwarna coklat dan berkilat-kilat.

_____Selepas itu, mereka menyuruh Nizam membuka sampul hadiah-hadiahnya. Haris memberi sebuah kereta mainan kepada Nizam.

(Isi karangan telah diperbaiki.)


Dikarang oleh:

Dina Insyirah Binte Ismail
3E
Sekolah Chongfu

Markah:

Isi - 8/10

Ulasan Guru:

Anggota keluarga Nizam perlu ada dalam cerita.

Tuesday, March 5, 2013

SChongfu 2013 - D6 Set 8


(Sila semak jawapan. Buat pembetulan, jika perlu. Kalau ada masalah, sila hantar pesanan ringkas ke 90234134.)

1. (4)
2. (3)
3. (3)
4. (2)
5. (3)
6. (2)
7. (4)
8. (1)
9. (4)
10. (2)

11. (2)
12. (4)
13. (2)
14. (2) - ubah jawapan jadi 'tahan hati'
15. (4)

16. (1)
17. (2)
18. (4)
19. (1)

20. (2)
21. (4)
22. (1)
23. (2)

24. lembut
25. menderita
26. kepiluan
27. sejak
28. apabila
29. musuh
30. ilmu
31. menolong


32. (2)
33. (4)
34. (3)
35. (5)

36. Hubungan antara penulis dengan Nurul ialah adik-beradik (2).

37. (Ubah soalan menjadi - Nyatakan perkara yang tidak dapat dilakukan oleh Nurul.') Perkara yang tidak dapat dilakukan oleh Nurul adalah tidak boleh membaca (2).

38. Ibu penulis seorang yang bertanggungjawab kerana dia bekerja sepenuh masa untuk menampung kehidupan keluarga (2) dan mengambil upah membuat kuih pada hujung minggu untuk menampung belanja persekolahan Nurul (2).

39. Ibu penulis itu mengatakan jika Nurul tidak menjaga kakaknya (2), tiada orang lain yang akan menjaga kakaknya kerana ibunya sibuk bekerja (2).

40. Dua pengajaran yang saya peroleh daripada cerita ini ialah kita perlu menyayangi keluarga kita (2) dan membantu keluarga kita (2).

41a.
(i) pelik
(ii) bertugas
(iii) mengakibatkan

41b. menangis