_____Cuaca pada hari Jumaat lalu sangat panas. Matahari bersinar dengan terik. Pada minggu lalu, Sekolah Rendah Qihua menganjurkan Pesta Sukan yang diadakan di Stadium Woodlands. Guru-guru Pasukan Hijau, Merah, Kuning dan Biru telah memilih pelajar-pelajar untuk mewakili pasukan masing-masing.
_____Kesemua guru dan pelajar telah pergi ke stadium pada waktu pagi. Keluarga para pelajar pun telah pergi ke stadium itu untuk menyokong anak-anak mereka yang bertanding. Stadium itu dipenuhi ramai orang. Ramai penyokong yang terpekik-terlolong. Pasukan-pasukan telah berhimpun di balapan untuk acara berarak lalu depan tetamu kehormat dan para penonton.
_____Selepas mereka berarak lalu di balapan, tetamu kehormat pun duduk di kerusi yang disediakan. Guru Besar memberi ucapan kepada semua orang yang hadir di stadium itu. Kemudian, acara-acara sukan pun bermula. Peserta-peserta kenampakan berani mati demi memenangi piala.
_____Acara lompat jauh bermula dahulu. Peserta-peserta bersungguh-sungguh melompat dengan jauh. Mereka ingin memecahkan rekod lama iaitu sejauh tiga meter. Ramai penonton melaung-laung memberi sokongan kepada mereka.
_____Setelah itu, acara larian ganti 100 meter pula bermula. Para peserta kenampakan tenang dan bersedia. Setelah bunyi tembakan, para peserta memecut ke arah garisan penamat. Suasana di stadium menjadi riuh-rendah. Sokongan itu menaikkan semangat peserta-peserta untuk menjadi juara.
_____Pada pukul 12 tengah hari, kesemua acara sukan selesai. Pingat-pingat telah diberikan kepada peserta-peserta yang berjaya memenangi tempat pertama, kedua dan ketiga. Saat-saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Tetamu kehormat mengumumkan bahawa pasukan yang menjuarai Pesta Sukan tahun ini ialah Pasukan Hijau!
(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Nurul Farahizwani
Sekolah Rendah Qihua
Sekolah Rendah Qihua
Darjah 6-6
Markah:
Isi - 13
Bahasa - 12
Ulasan guru:
x
No comments:
Post a Comment