Wednesday, January 12, 2022

D6BM 2022 - Jawapan Bagi Kertas 2 (Penggal 1 - Latihan 1 Ujian Diagnostik)

Selamat Sejahtera, 6 Budiman!

Jika jawapan kamu salah, gunakan pena berdakwat hijau untuk mencatat pembetulan. Ingat! Integriti.

1. (4)
2. (2)
3. (3)
4. (4)
5. (2)
6. (1)
7. (3)
8. (3)
9. (2)
10. (1)

11. (3)
12. (3)
13. (2)
14. (2)
15. (3)

16. (2)
17. (3)
18. (1)
19. (2)
20. (3)

21. (3)
22. (1)
23. (2)
24. (3)
25. (4)

26. (6)
27. (4)
28. (2)
29. (5)

30. (2)
31. (1)
32. (4)

33. komputer riba pelbagai jenama dari serendah $500 sahaja (1) dan baucar bernilai $100 untuk pembelian komputer riba kedua (1). Marilah kita pergi Jualan Mega Jentayu (1)!

ATAU potongan harga sehingga 60% (1).

34. Suhana bergegas pulang ke rumah kerana dia tidak sabar hendak menjamu hidangan yang tersedia di atas meja makan (2).

ATAU 
dia tidak sabar hendak menjamu roti kirai berserta lauk kari daging kegemarannya (2).

35. Cara ibu Suhana prihatin tentang persekolahan anaknya adalah bertanya tentang pelajaran di sekolah Suhana (2).

ATAU beliau telah meletak jawatan sebagai ahli farmasi dan menjadi suri rumah sepenuh masa kerana ingin menumpukan sepenuh perhatian menjaga serta mendidik Suhana dengan baik (2).

36. Perkara-perkara yang menunjukkan Suhana seorang murid yang tekun belajar adalah menyelesaikan kerja rumah yang diberikan oleh gurunya (2) dan membaca surat khabar (1) sambil mencatatkan perkataan-perkataan baharu dalam buku notanya (1).

37. Bukti-bukti yang menunjukkan ibu bapa Suhana minat membaca yang dicontohi Suhana adalah Puan Rina akan membaca dan meminjam buku-buku di perpustakaan (2) dan ayah Suhana membaca surat khabar setiap pagi sebelum sarapan (2).

38. Dua perbezaan latar belakang keluarga Puan Rina berbeza dengan Suhana adalah ibu Puan Rina tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap Puan Rina (1) manakala Suhana mendapat perhatian penuh daripada ibunya (1) dan adik-beradik Puan Rina seramai sebelas orang (1) manakala Suhana hanya anak tunggal (1).

39. Dua contoh yang menyokong pernyataan ini adalah Puan Rina menasihati Suhana tentang perlu menimba ilmu bukan setakat hingga ke menara gading, malah hingga ke liang lahad (2) dan walaupun Puan Rina kini seorang suri rumah, beliau masih lagi menuntut ilmu (1) dengan melanjutkan pengajiannya mengambil ijazah Sarjana dalam bidang Perusahaan Farmasi secara sambilan (1).

40(a). menjangka
40(b). jawatan

Sunday, November 14, 2021

Kosa Kata #2 (Darjah 5 2021)

https://crosswordlabs.com/view/kosa-kata-2-darjah-5-2021

Kosa Kata #2 (Darjah 3 2021)

https://crosswordlabs.com/view/kosa-kata-2-darjah-3-2021

D5BM 2021 - Karangan 7 - Soalan 1B (Amali)

Satu peristiwa yang mengajar kamu nilai bekerjasama.

apa yang berlaku
siapa yang terlibat dalam peristiwa itu
bagaimana kamu mengatasi masalah tersebut
apa pelajaran yang kamu peroleh daripada peristiwa itu


_____Pada hari Jumaat lalu, aku sedang duduk di kantin sekolah. Aku terlihat sekumpulan pelajar sedang betengkar. Mereka seperti anjing dengan kucing kerana selalu bergaduh. Aku teringat semula suatu peristiwa yang berlaku pada bulan Januari. --> 28 perkataan

_____Kumpulan Sofy perlu menyiapkan suatu projek peribahasa di dalam kelas. Sofy mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Dia mengajak kumpulannya berbincang tetapi mereka salah faham. --> 28 perkataan

_____Tiba-tiba, Sofy tidak bersetuju lalu mengherdik Shikin. Shikin pun menaikkan suaranya. Efan dan Nafiz yang baru tiba di kelas 5 Budiman dari kelas 5 Arif berasa risau. Mereka campur tangan kerana melibatkan diri dalam hal orang lain. Kelas-kelas mereka terletak di tingkat lima. --> 43 perkataan

_____Sebenarnya, Sofy tidak bersetuju untuk melukis sebuah poster sebagai projek kumpulannya. Shikin keras kepala kerana degil. Dia tetap mahu melukis poster lalu dia dan Sofy saling bertengkar. Efan melaporkan peristiwa itu kepada guru Bahasa Melayu mereka iaitu Cikgu Hazim. Nafiz khuatir Shikin dan Sofy akan tercedera jika mereka bergaduh. Aku juga turut risau semasa memerhatikan gelagat mereka. --> 57 perkataan

_____Mujur, Cikgu Hazim dalam perjalanan ke kelas 5 Budiman. Dia bergegas masuk ke dalam kelas selepas Efan melaporkan pertengkaran antara Sofy dan Shikin. Cikgu Hazim menegur sikap Sofy dan Shikin yang tidak bekerjasama. Cikgu Hazim menasihati mereka bahawa sikap bekerjasama penting dalam kerja berkumpulan. Sepatutnya, Sofy dan Shikin mesti bagai aur dengan tebing kerana saling membantu. --> 56 perkataan

_____Akhirnya, Sofy dan Shikin buang yang keruh, ambil yang jernih kerana berdamai dan melupakan pertelingkahan. Projek yang mereka hasilkan meraih markah tertinggi dan pujian daripada rakan-rakan dan Cikgu Hazim. Peristiwa itu mengajar aku tentang nilai bekerjasama. Selain itu, aku belajar bahawa sifat hormat-menghormati perlu ada dalam kumpulan. Kita perlu berbincang dengan baik agar suasana lebih harmoni. --> 56 perkataan

Jumlah perkataan: 268

Thursday, November 4, 2021

D5BM 2021 - Latihan Kosa Kata

Selamat Sejahtera, 5 Budiman.

Baca arahan-arahan berikut lalu selesaikan tugasan.

1. [
1000h-1010h] (Tembok Kata) Taipkan SEPULUH (10) perkataan baharu atau yang tidak difahami dalam Mentimeter (PIN: 55199182):
https://www.menti.com/74v22p4aon 

2. [1010h-1020h] (Jejak Kata) Cari makna perkataan-perkataan baharu atau yang tidak difahami menerusi www.dbp.gov.my lalu catat dalam Buku Ilmu.

3. [1030h-1040h] (Sambung Lagu Itu) Tonton DUA (2) video berikut lalu catat sekurang-kurangnya LIMA (5) perkataan baharu atau yang tidak difahami dalam Buku Ilmu.
https://www.youtube.com/watch?v=3Jt-flvNKpY

https://www.youtube.com/watch?v=IVFMLpTnX8Y

4. [1040h-1050h] (Baca Berita) Baca TIGA (3) rencana elektronik dalam Berita Harian bertarikh 05.11.21 lalu kenal pasti SATU (1) rencana yang amat kamu minati: https://www.beritaharian.sg/

5. Jika selesai, tonton video-video berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=Wplnu2RsJzQ

https://www.youtube.com/watch?v=1r1G-kAWaPM