Sunday, November 6, 2022

D6BML 2022 - Keputusan PSLE

Selamat sejahtera, 6 Cendekiawan.

Alhamdulillah. Tahniahebat kepada kamu semua kerana meraih gred yang amat membanggakan bagi Bahasa Melayu Lanjutan!

Kamu juga perlu besar hati akan pencapaian kamu kerana kamu telah banting tulang sepanjang tahun.

Meskipun kita tidak dapat menonton wayang bersama-sama, luangkanlah masa cuti dengan keluarga tersayang masing-masing.

Sentiasa ingat memori-memori indah kelas 6 Cendekiawan dan selamat maju jaya dalam alam sekolah menengah. Saya akan kongsi gambar/video pada hujung tahun menerusi ClassDojo.


Salam rindu,
Abang Z





D6BM 2022 - Keputusan PSLE

Selamat sejahtera, 6 Budiman.

Alhamdulillah. Tahniahebat kepada kamu semua kerana meraih gred yang amat membanggakan bagi Bahasa Melayu!

Kamu juga perlu besar hati akan pencapaian kamu kerana kamu telah banting tulang sepanjang tahun.

Meskipun kita tidak dapat berboling bersama-sama, luangkanlah masa cuti dengan keluarga tersayang masing-masing.

Sentiasa ingat memori-memori indah kelas 6 Budiman dan selamat maju jaya dalam alam sekolah menengah. Saya akan kongsi gambar/video pada hujung tahun menerusi ClassDojo.


Salam rindu,
Abang Z





Monday, September 26, 2022

D6BML 2022 - Jawapan Bagi Kertas 2 (PSLE 2021)

Arahan: Gunakan pena berdakwat hijau untuk membuat pembetulan.

1. (4)
2. (2)
3. (3)
4. (6)
5. (8) 


6. sebelum
7. berubah
8. dilipat
9. kuat / panjang
10. senjata


(Salin pembetulan bagi soalan-soalan yang tidak diberikan markah penuh.)

11. menikmati mi segera (1) selepas tiga atau empat minit (1).

12. para pembeli menentukan sendiri jenis mi segera (1) yang menepati cita rasa mereka (1).

13. Mudahnya menyediakan mi segera (1)

Mi segera boleh disiapkan dalam masa yang sangat pendek (1) dan mi segera boleh didapatkan dengan mudah (1). Bahasa (1)

14.
Salah (1).
Kini, mi segera dengan logo Pilihan Lebih Sihat dijual di pasar raya (1).

Betul (1).
Mudah untuk kita membawa mi segera semasa berkelah, berkhemah ataupun bercuti (0.5) kerana ada yang dibungkus bersama bekas seperti cawan yang disertakan dengan garpu (0.5).

15. kelainan (2)

16. mengalu-alukan (2)

17. Cara Izat memastikan keadaan tidak menjadi lebih teruk adalah mengawal emosinya (2).

18. Perbuatan Izat yang menunjukkan bahawa dia tidak mengikut arahan adalah melakukan aktiviti kitar semula (1) secara bersendirian (1).

19. Dua perkara yang membuat Izat terkejut adalah seorang lelaki menyiram air beras ke arahnya (2) dan lelaki itu mencapai tongkat (1) dan mengacukannya ke arah Izat (1).

20. Dua langkah yang diambil oleh Izat untuk melembutkan hati Pak Ali adalah menolong Pak Ali memadamkan api (1) apabila pakaian lama yang dilonggokkannya di koridor terbakar (1) dan bertegur sapa dengannya (2).

ATAU 

menyapanya dengan sopan (1) meskipun sapaan Izat tidak pernah dibalas (1).

21. Sebab-sebab Pak Ali mencurigai Izat adalah dia mengesyaki Izat menyebabkan kebakaran (2) dan mencuri perkakas elektriknya (2).

22. Kebaikan-kebaikan yang dapat diperoleh Pak Ali melalui perkenalannya dengan Izat adalah Pak Ali tahu membaiki perkakas elektrik lama (2) dan perkakas yang telah dibaiki akan diberikan kepada orang-orang susah (2). 

23i. penuh / terlalu banyak (2)
23ii. memudahkan kesusahan / kesukaran / kerumitan (2)

Wednesday, September 21, 2022

D6BM 2022 - Karangan (Pra-PSLE)

Selamat sejahtera, 6 Budiman.

Karangan Pra-PSLE sudah siap. Isi-isi karangan telah difikirkan oleh Kumpulan Dahlia. Sila salin karangan berikut lalu hantar esok kepada guru. 

Jika ada kesilapan, maklumkan kepada guru esok.

Selamat berlatih!


Salam hormat,
Abang Z


--------------------------------------------------------



_____Pada hari Isnin [1Bi], Cikgu Latifah [2S] memberitahu murid-murid tentang lawatan ke taman haiwan [3A]. Mereka pergi ke sana untuk belajar tentang haiwan-haiwan di situ [4M]. Mereka berasa besar hati kerana gembira [5Ba] di dalam kelas [6Di]. --> ___p

_____“Hore, kita akan pergi ke taman haiwan!” pekik Adi kegembiraan. --> ___p

_____Selepas itu [1Bi], semua murid [2S], menaiki bas [3A] untuk ke taman haiwan [4M]. Mereka berasa ghairah [5Ba] di dalam bas [6Di]. Adi keras kepala kerana degil semasa menaiki bas tidak mahu beratur dengan betul. --> ___p

_____“Jangan tarik beg saya!” bentak Syawal kepada Adi. --> ___p

_____Kemudian [1Bi], Adi [2S] merampas makanan [3A] Layla di dalam bas [4Di]. Adi tidak sabar untuk makan [5M]. Layla berasa marah terhadap perbuatan Adi [6Ba]. Adi muka tembok kerana tidak tahu malu. --> ___p

_____“Cikgu, Adi merampas makanan saya!” jerit Minah kepada Cikgu Latifah. --> ___p
_____Tiba-tiba [1Bi], semasa Adi [2S] turun dari bas sekolah [3Di], ada seekor monyet [4A] menghampiri Adi di taman haiwan. Adi menarik perhatian monyet itu dengan mengibas begnya [5M]. Adi degil kerana tidak menuruti nasihat gurunya [6Ba]. Perbuatan Adi otak udang kerana bodoh. --> ___p

“Hei, monyet itu meragut beg saya!” pekik Adi kerana terperanjat. --> ___p

_____Seterusnya [1Bi], monyet [2S] itu merampas beg [3A] Adi lalu melarikan diri dengan memanjat pokok [4Di]. Ia hendak menyelamatkan dirinya [5M]. Adi dan kawan-kawannya berasa kesal kerana menggangu monyet itu [6Ba]. Adi mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan untuk mendapatkan begnya semula. --> ___p

_____“Aduh, sakitnya muka saya!” dengus Adi sambil memegang pipinya. --> ___p

_____Akhirnya [1Bi], monyet itu [2S] membaling beg Adi ke muka Adi [3A]. Dia telah berjaya cari jalan kerana berusaha untuk mendapatkan begnya semula [4M]. Dia memberitahu Cikgu Latifah tentang apa yang terjadi. Cikgu Latifah terperanjat setelah mendengar cerita Adi [5Ba]. Dia menyuruh murid-muridnya menaik bas semula untuk pulang ke sekolah [6Di]. --> ___p      


Jumlah perkataan: ___

Thursday, August 18, 2022

D6BM 2022 - Ulang Kaji Karangan (Persiapan PSLE)

Selamat Sejahtera, 6 Budiman!


Sila ikut arahan guru sebelum menyiapkan tugasan bagi setiap kegiatan.

Kamus Dalam Talian: 

Katapat (Eugene): 

Karangan:
Sila rujuk lembaran kerja yang telah diberikan pada hari Jumaat, 19.08.22.


--------------------------------------------------


MATLAMAT

1. Mengulang kaji struktur karangan soalan #2
2. Menyiapkan tugasan berdasarkan struktur yang telah diajarkan


--------------------------------------------------


KATAPAT

Arahan: Cuba mendapat jawapan KATAPAT pada hari ini dalam masa yang paling singkat.

Masa: 5 minit



--------------------------------------------------------


KARANGAN

Arahan:

1. Isikan halaman 1 (BiSAMBaDi) dengan merujuk Karangan (Model).

2. Selesaikan halaman 3: susunan BiSAMBaDi dan jumlah perkataan.

3. Salin semula Karangan (Model) yang lengkap dalam kertas kajang lalu hantar kepada guru pada hari Isnin (22.0822). Kokotkan kertas kajang pada bahagian paling depan tugasan. Letakkan tugasan di atas meja bilik darjah 6 Budiman.

4. Jika kamu ada pertanyaan tentang karangan, isikan pertanyaan-pertanyaan kamu dalam Padlet berikut: 
https://padlet.com/cikguhizam/karangan

4. Selamat mengulang kaji dan maju jaya!

PERHATIAN: Kamu dibenarkan menggunakan kamus semasa ujian Karangan. Kamus yang telah dibubuh pelekat sekolah sahaja yang boleh digunakan. Sila ambil kamus kamu di kelas 6 Budiman pada hari Isnin, dari 0700h hingga 0725h.

Thursday, August 11, 2022

D6BM 2022 - Latihan Lisan 11-12.08.22

Contoh-contoh Soalan Lisan #2 dan #3


Sila rujuk rajah berikut bagi struktur isi-isi jawapan Soalan 2 dan Soalan 3.


Soalan #2 (Pengalaman)
- Mengapakah sifat bertanggungjawab penting? Jelaskan.
- Membersihkan kawasan tempat tinggal kita adalah penting. Jelaskan.
- Ceritakan pengalaman kamu membuat sesuatu yang kamu suka.
- Ceritakan pengalaman kamu melihat suatu situasi yang kurang sopan.
- Keharmonian kaum amat penting di Singapura. Jelaskan.
- Ceritakan pengalaman kamu menunjukkan sifat penyayang di rumah.
- Menjaga alam sekitar amat penting. Jelaskan.
- Pernahkah kamu melihat seseorang yang tidak menunjukkan sifat penyayang kepada orang lain? Terangkan.
- Pernahkah kamu nampak seseorang kawan yang tidak mempamerkan sifat hormat-menghormati kepada kawan-kawan lain. Ceritakan.
- Apakah tempat di negara jiran yang kamu ingin kunjungi. Mengapa?


Soalan #3 (Program/Kempen/Kegiatan)
- Ceritakan kempen sifat bertanggungjawab di sekolah kamu.
- Ceritakan cara sekolah kamu menggalakkan sifat bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.
- Ceritakan cara ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak beriadah di rumah.
- Ceritakan kempen memupuk nilai hormat-menghormati dalam kalangan pelajar di sekolah kamu.
- Ceritakan cara sekolah kamu boleh memupuk sifat harmoni dalam kalangan pelajar.
- Ceritakan cara masyarakat kita boleh menunjukkan sifat penyayang antara satu sama lain.
- Ceritakan cara keluarga kamu menjaga alam sekitar di rumah.
- Apakah perkara-perkara baik jika masyarakat hidup dalam keadaan harmoni? Terangkan.
- Apakah perkara-perkara positif jika sesebuah keluarga hidup saling membantu? Ceritakan.
- Pada pendapat kamu, beriadah lebih seronok atau belajar? Mengapa?

Monday, July 25, 2022

D6BM 2022 - Kefahaman Mendengar Prelim

Selamat Sejahtera, 6 Budiman!


Sila ikut arahan guru sebelum menyiapkan tugasan bagi setiap kegiatan.

Kamus Dalam Talian: 
https://prpm.dbp.gov.my/

Katapat (Eugene): 
https://www.projecteugene.com/katapat.html

Berita Harian:
 
Tiada.

Menti: 
Tiada.


--------------------------------------------------------------------


MATLAMAT

1. Mengenal pasti jawapan yang paling sesuai dalam latihan Kefahaman Mendengar.
2. Mengetahui petua/panduan yang berkesan untuk menjawab latihan Kefahaman Mendengar.


--------------------------------------------------------------------


KATAPAT

Arahan: Cuba mendapat jawapan KATAPAT pada hari ini dalam masa yang paling singkat.

Masa: 5 minit

Katapat: https://www.projecteugene.com/katapat.html


--------------------------------------------------------------------


GOOGLE FORM

Arahan: Dengar audio Kefahaman Mendengar dengan teliti lalu pilih jawapan yang sesuai dalam Google Form.

Masa: 30+ minit

Google Form: https://forms.gle/9EpFBiiEgXoKK2XKA



--------------------------------------------------------------------


Petua/Panduan Menjawab Latihan Kefahaman Mendengar

1. Semak Buku Soalan (setelah diizinkan) lalu baca 
secara sepintas lalu (skimming) soalan-soalan dan jawapan-jawapan yang tercetak.
Untuk setiap petikan,
2. Dengar audio (pertama kali) dengan teliti.
3. Buat catatan sahaja untuk setiap pendaya, pangkah atau calit.
4. Kenal pasti susunan cerita dalam audio.
5. Dengar audio (kedua kali) dengan teliti.
6. Pilih jawapan lalu lorek bujuran.


--------------------------------------------------------------------

PENGAKUAN!!!

https://padlet.com/cikguhizam/d6bmkm