Wednesday, November 25, 2015

Darjah 6 BMA/BM - Keputusan PSLE (2015)


Assalam Budiman,

Saya ucapkan tahniah kerana kamu telah berjaya mencipta sejarah baru di Kampung Chongfu bagi Bahasa Melayu Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah 2015!


Saya amat berpuas hati atas pencapaian kamu.


Berikut ialah keputusan rasmi yang kamu patut besar hati:

BMA - [1 pelajar] - (Akhirnya, Hudson lulus!)

Kuantiti: 100% vs 99.2% (nasional)
Kualiti: 0% (tidak sepatutnya ada) vs 21.4% (nasional)

BM - [19 pelajar]

Kuantiti: 100% vs 98.0 % (nasional)
Kualiti: 84.2% (16 A&A*) vs 73.2% (nasional)

Pecahan Kualiti BM - [16 pelajar]

A*: 5.3% (1) [Siti Nurriyani]
A: 78.9% (15)

Oleh sebab sasaran 100% A tidak dipenuhi, kita batalkan habuan yang dijanjikan. Namun, kamu telah menerima habuan masing-masing atas kejayaanmu sendiri.


Tahniah! Cekal, kekal dan tekal mengharungi tahap seterusnya.


Terima kasih kerana menjadi pelajar-pelajar yang arif budiman!


Wassalam,

Cikgu Mohamed Hizammuddin

Saturday, November 21, 2015

D4 2015 - Latihan Cybermelayu Set 17

Salam Sejahtera Bestari,

Sila selesaikan Set 17 dalam akaun Cybermelayu masing-masing.

Selamat mencuba!

Tenkiu veri nais.



Wednesday, November 18, 2015

Hijrah

2005 - 2012: Kampung Qihua
2013 - 2015: Kampung Chongfu
2016: Kampung Punggol View

Thursday, October 22, 2015

D4 2015 - Pembetulan Halaman 67-68

1. Cara kita dapat membuktikan kasih kita kepada keluarga adalah dengan bersikap baik hati dan rajin.

2. Kita harus memberitahu orang yang cacat penglihatan sebelum menolongnya kerana memegang tangannya secara tiba-tiba adalah kurang sopan.

3. Cara kita dapat membantu memelihara alam sekitar adalah dengan menjimatkan elektrik dan menggunakan barang-barang yang dikitar semula.

4a. dibenci

4b . malas

4c. kekotoran 

Thursday, October 15, 2015

D6 2015 - Kecoh Karaoke (Hari 1)

Arahan:

1. (15 minit) Guna komputer masing-masing untuk memilih dua buah lagu Melayu (100% senikata bahasa Melayu) menerusi YouTube, https://www.youtube.com/

2. (5 minit) Pilih dua buah lagu lalu taipkan pilihan kamu lalu catatkan dalam borang elektronik berikut: (klik pautan) http://goo.gl/forms/vSOO8yVRbO

3. Berlatih untuk selaras bibir.



Wednesday, October 14, 2015

D6 2015 - Kegiatan Pasca PSLE (Kecoh Karaoke)

Kecoh Karaoke

Syarat-syarat:
- Kegiatan perseorangan (solo/individu)
- Perlu pilih dua lagu Melayu (senikata 100% bahasa Melayu)
- Pelbagai genre: rok, balada, keroncong, dondang sayang, tradisional dan lain-lain lagi
- Tidak perlu menghafal senikata
- Hanya perlu selaras bibir (lip-sync)
- Membuat persembahan selaras bibir sehingga akhir korus pertama
- Format 1 lawan 1
- Dinilai dari sudut wajah, gerak-geri dan kreativiti
- Boleh pakai aksesori
- Pemenang setiap pusingan akan ditentukan melalui undian elektronik (google doc)





6. (Madah Berhelah - Ziana Zain) https://www.youtube.com/watch?v=BKy_-sFGXlE

7. (Sha Na Na - Amy Mastura) https://www.youtube.com/watch?v=YGGfSMaiU4Q

8. (Sampaikan Salam Cintaku - Alleycats) https://www.youtube.com/watch?v=UCDAdaF-qow

9. (Salam Terakhir - Sudirman) https://www.youtube.com/watch?v=EMK3Qu-Fd24&index=17&list=PLw3sF5x1LyXpZU4zOkFruNp-wbIx8eca8

10. (Suci Dalam Debu - Iklim) https://www.youtube.com/watch?v=hALDMXY0nS0

Selamat berlatih dan selamat bertanding!