Friday, April 25, 2014

Karangan Darjah 6BML (2014) - Karangan Terbaik 4


_____Apabila aku ternampak Faizah, aku menghampirinya. Aku cuba berbual dengannya tetapi dia hanya memandang tajam ke arah aku lalu terus melangkah pergi. Aku berjalan ke arahnya. Apabila dia ternampak aku mengikutinya, dia berpura-pura hidung tinggi lalu berjalan daripada aku sekali lagi.

_____Dengan nada yang mengancam, Faizah berkata kepada aku,"Engkau tunggu, suatu hari nanti engkau akan dapat balasan engkau."

_____Selepas waktu sekolah (1B), aku berjalan ke arah kantin (2M) untuk berjumpa Faizah (3A). Semasa aku sedang menunggu Faizah, aku berasa takut (4B) kerana aku dan Faizah (5S) seperti isi dengan kuku dan aku tidak mahu membuat Faizah lebih marah terhadap aku (6M).

_____"Faizah! Faizah! Tunggu sekejap! Bukan saya yang menghantar gambar itu di blog kamu. Tolonglah, kamu mesti mempercayai saya," aku merayu kepada Faizah tetapi dia tetap tidak mempercayai aku.

_____Apabila (1B) Faizah (2S) ternampak aku di kantin, (3M) dia menjelingkan matanya untuk menunjukkan bahawa dia malas untuk melayan aku (4A). Ada seorang murid yang keras hati (5B) telah mengambil gambar Faizah lalu memuat naik ke ruang sembang alam maya kumpulan kelas kami sambil menggunakan akaun aku (6M).

_____Faizah melihat ke arahku dengan mata yang mengancam lalu berkata,"Apa yang membuat engkau berfikir bahawa aku akan mempercayai engkau?"

_____Setelah beberapa minit kemudian (1B), aku dan Faizah seperti anjing dan kucing (3B) di kantin (4M). Faizah masih tidak mempercayai aku (5A). Lantas, aku hendak mengajaknya pergi ke bilik komputer untuk membuktikan bahawa aku tidak berbohong (6M).

_____"Ini adalah peluang terakhir engkau. Cepat!" kata Faizah kepada aku.

_____Seperti lipas kudung (1B), aku dan Faizah (2S) berjalan ke bilik komputer (3A). Semasa (4B) kami sedang berjalan, kami terdengar Atikah ketawa seorang diri (5M) di belakang dinding bilik komputer (6M).

_____Atikah berkata sendirian, “Ish, ish, ish! Kasihannya Faizah akan dimalukan oleh sahabat karibnya. Ini akan mengajar Faizah agar jangan biadab kepada saya. Ha,ha,ha!”

_____Kami tidak bergerak (1A) kerana kami tidak boleh percaya apa yang telah kami dengari. Beberapa ketika kemudian, (2B) aku ternampak Cikgu Ros (3S) di luar bilik guru (4M). Aku memiliki idea (5B). Aku dan Faizah menceritakan apa yang terjadi kepada Cikgu Ros. Selepas itu, Atikah telah dibawa ke bilik guru untuk memberikan penjelasan (6M). Kami ucapkan terima kasih kepada Cikgu Ros kerana menolong kami.

_____“Terima kasih, Cikgu Ros kerana menolong kami,” kata aku dan Faizah bersama-sama.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Irra Umairah Bte Syukur Ali
6 United
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi - 18
Bahasa - 18

Ulasan guru:
xxx


Thursday, March 6, 2014

Darjah 6 BML 2014 - Karangan Contoh (Pembetulan)

Selamat sejahtera Cerdik,

Salin karangan berikut sebagai pembetulan. Guna dakwat hijau sahaja!        

_____Samad yakin bahawa Kassim akan dimasukkan ke dalam penjara. Sikap Kassim tidak berubah sejak zaman sekolah rendah. Samad hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun, Samad ada hati mahu menasihati Kassim sekali lagi.

_____Kassim memekik lantang, “Sudahlah! Engkau jangan membuang masa mahu menasihati aku. Engkau sendiri pun bukannya betul.” (dialog b)

_____Kassim keras hati kerana dia tidak mahu mempercayai kata-kata Samad lagi. Samad pernah membohongi Kassim. Samad pernah mengambil pena Kassim semasa darjah satu tetapi dia tidak mengaku. (konflik 1)

_____“Aku sudah jelaskan beberapa kali. Aku tidak mengambil pena engkau. Mengapa engkau selalu menuduh aku?” Samad cuba menenangkan Kassim. (dialog a)

_____Kassim mendapat tahu bahawa Samad yang menyimpan penanya kerana Ali yang melaporkan kepadanya. Sebenarnya, Ali seorang murid yang hidung tinggi. Dia tidak suka bercampur dengan kawan-kawan yang tidak setaraf seperti dirinya. (konflik 2)

_____Ali berbisik kepada Kassim, “Betul, Sim. Aku ternampak Mad masukkan pena engkau dalam sakunya semasa engkau pergi ke tandas.” (dialog b)

_____Tiba-tiba, sebatang pena terjatuh daripada saku seluar Ali. Pena itu serupa dengan pena Kassim. Ali mengambil pena itu seperti lipas kudung. Rupa-rupanya, pena itu ada dalam simpanan Ali, bukan Samad. (suspen)

_____“Oh, rupa-rupanya engkau yang mengambil pena aku! Engkau memang pembohong!” herdik Kassim kepada Ali. (dialog a)

_____Ali menjadi cemas. Dia tidak boleh berdalih lagi. Pada waktu itu, Samad muncul lalu berjalan ke arah mereka. Kassim tidak tahan hati lalu menumbuk muka Ali. (klimaks)

_____Samad menahan Kassim lalu berkata, “Sabar, Sim! Sabar.” (dialog b)

_____Akhirnya, samad menerangkan bahawa dia ingin memulangkan pena itu kepada Kassim. Dia memberikan pena itu kepada Ali untuk memulangkannya. Barulah Kassim faham. Dia memaafkan Ali secara putih hati. (peleraian) 

_____"Aku juga meminta maaf daripada kamu berdua. Aku telah salah sangka," Kassim berkata perlahan sambil tersenyum. (dialog a)

Maka, karangan BML kamu wajib mengikut struktur yang telah kamu salin tadi, bagi setiap latihan dan peperiksaan.

Selamat maju jaya!






















Tuesday, March 4, 2014

Darjah 6 BM 2014 - Kefahaman Subjektif 6A (halaman 38)

Salam sejahtera Cerdik,

Berikut ialah jawapan bagi Kefahaman Subjektif, Buku Mekar 6A, halaman 37 (petikan tentang Gua Duyung):

Kahkahkah! Anjot Boboi!

Sudahkah kamu selesai tugasan sebelum menyemak jawapan? Betulkah? Tidak elok membohongi diri sendiri.

Jika jujur, semak jawapan berikut. Buat pembetulan jika perlu.

1. Perkara yang menyebabkan rakan-rakan Yasin benar-benar mahu ke Gua Duyung adalah gua itu penuh misteri (2).

2. Pak Hamid melarang Yasin dan rakan-rakannya pergi ke Gua Duyung kerana dia tidak mahu mereka ditimpa kemalangan (2).

3. Yasin tidak dapat melelapkan mata kerana dia sukar membuat keputusan sama ada menuruti nasihat Pak Hamid (2) atau meneruskan rancangannya (2).

4. Saya berpandangan bahawa keputusan yang harus diambil oleh Yasin adalah tidak meneruskan pengembaraan (2) kerana berbahaya (2). [soalan seperti ini tidak akan keluar semasa PSLE kerana jawapan tidak ada dalam petikan]


Selamat maju jaya untuk peperiksaan BM esok! Ulang kaji petua-petua dan nota-nota yang saya berikan. Setiap usaha wajib dialaskan dengan doa agar mendapat berkat.


Monday, March 3, 2014

Darjah 6 BM 2014 - Kefahaman Subjektif 6A (halaman 15)

Salam sejahtera Cerdik,

Berikut ialah jawapan bagi Kefahaman Subjektif, Buku Mekar 6A, halaman 15:

Sudah selesai sebelum semak jawapan? Betulkah? Tidak elok membohongi diri sendiri ... Jika jujur, semak jawapan berikut. Buat pembetulan jika perlu.


1. Jeneral Xian Yu ialah pemimpin puak Chu (2).


2. Jeneral Xian Yu hendak menyerang Kota Waihuang kerana dia hendak membalas dendam  terhadap Jeneral Liu Bang (2) yang telah memalukan puaknya (2).


3. Perkara yang menyebabkan Jeneral Xian Yu berasa marah apabila ketua askar datang menghadapnya adalah kota Waihuang telah dapat ditawan tetapi Jeneral Liu Bang dan pasukannya tidak dapat ditemui (2) kerana telah dapat melarikan diri (2).


4. Tindakan Jeneral Xian Yu selepas mendengar bahawa Jeneral Liu Bang tidak dapat ditangkap adalah mengumpulkan semua lelaki kota Waihuang dari umur lima belas tahun ke atas (2) untuk dihukum mati (2).


5. Nangxin datang menghadap Jeneral Xian Yu kerana dia hendak bertanya Jeneral Xian Yu sebab dia ingin membunuh seluruh penduduk lelaki kota Waihuang dari umur lima belas tahun ke atas (2).


6. Saya berpendapat bahawa perbuatan Nangzin menghadap Jeneral Xian Yu wajar kerana dia menggunakan kecerdikannya (2) untuk menyelamatkan semua tawanan (2).


7a. pertengkaran



7b. memeriksa dgn tujuan mendapatkan sesuatu / menyelongkar

7c. berasa pelik / berasa ganjil

Selamat maju jaya untuk peperiksaan BM esok! Ulang kaji petua-petua dan nota-nota yang saya berikan. Setiap usaha wajib dialaskan dengan doa agar mendapat berkat.


Tuesday, February 18, 2014

Petua Bahasa Melayu Lanjutan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah 2014

Salam sejahtera Cerdik,

Berikut ialah petua:
PERIBAHASA
1. serlah makna dalam ayat
2. kadangkala, makna itu diparafrasa

MENGEDIT TEKS
1. kombinasi 2 perkataan + 3 imbuhan
2. kombinasi 3 perkataan + 2 imbuhan
3. selalunya, jika berimbuhan, salah imbuhan atau perkataan
4. selalunya, jika perkataan, salah perkataan sahaja
5. cari variasi imbuhan, jika salah imbuhan
dipakai
memakai
terpakai
pakaian
memakaikan
dipakaikan
pemakai
berpakai
berpakai-pakai
berpakaian
pemakaian
sepemakaian

SUSUN AYAT
1. baca keseluruhan teks
2. baca semua pendaya (jawapan)
3. cuba masukkan jawapan dalam setiap ruang kosong
4. pangkah nombor pendaya yang salah
5. baca ayat sesudah dan sebelum ruang kosong selepas isi jawapan agar bersesuaian

IDEA UTAMA
1. cuba rumuskan isi perenggan dalam sepotong ayat (jika sukar, ikut proses berikut)
2. cari ayat tunggal sahaja
3. idea utama selalu berada dalam ayat paling depan, paling belakang atau di tengah-tengah 
4. pangkah ayat yang mengandungi:
contoh, tersebut, bahawa, sebagai, dengan, dan, tetapi, atau, seperti, begitu, begini, itu, ini, walaupun, namun, bagai, juga, ia, dia, mereka, -nya, ialah, adalah, kerana, lalu
5. jika semua ayat mengandungi perkataan yang tersenarai, pilih ayat yang paling kurang pangkah
6. buat rumusan jika kesemua ayat sama jumlah pangkah

KEFAHAMAN
1. Baca petikan 2 kali. Kali pertama, imbas lalu (1 minit). Kali kedua, teliti (5 minit)
2. Baca kesemua soalan
3. Kenal pasti isi jawapan dengan membubuh garisan, anak panah dan nombor soalan dalam petikan
4. Ulang semula batang soalan sebelum menulis jawapan. Serlah kesemua batang soalan.
5. SEMUA jawapan mesti berbentuk SATU ayat sahaja
6. Soalan 2 markah (1 isi) manakala  4 markah (2 isi)
7. Semak agar elak daripada kesilapan ejaan, tatabahasa dan tanda baca kerana markah akan dipotong jika berlaku sedemikian

Jangan lupa sistem bintang semasa menyemak jawapan. 

Selamat mencuba!

Monday, February 17, 2014

Darjah 6 BM 2014 - Karangan 3

Selamat sejahtera Cerdik,

Saya sudah jelaskan tentang penulisan dialog dramatik dalam karangan. Kini, kamu diberikan kerja sekolah untuk diselesaikan. Hantar pada hari Jumaat (21.02.14), 10 pagi.

Arahan:
1. Kamu perlu menulis karangan untuk gambar 1 hingga 3 sahaja. (Gambar 1 telah dituliskan)
2. Pastikan kamu menghasilkan ASBBMM di kertas soalan.
3. Cerita bagi gambar 1 akan diberikan.
4. Lat 4 baris dalam buku rampaian lalu salin cerita gambar 1 berikut:


(lat baris) (dialog 1)
(lat baris)
(lat baris)
(lat baris)

          Mujur, cuaca pada hari Ahad pagi itu [1], panas setelah hujan selama beberapa hari [2]. Erra [3] telah mencuci pakaian sebanyak dua bakul [4]. Dia berasa penat [5] setelah melaksanakan kerja rumah selama dua jam di dapur [6].

          (dialog 2)

          (gambar 2)

          (dialog 3)

          (gambar 3)

          (dialog 4)

Sila rujuk kepada nota yang telah diberikan untuk panduan.

Selamat mencuba!