Thursday, August 18, 2022

D6BM 2022 - Ulang Kaji Karangan (Persiapan PSLE)

Selamat Sejahtera, 6 Budiman!


Sila ikut arahan guru sebelum menyiapkan tugasan bagi setiap kegiatan.

Kamus Dalam Talian: 

Katapat (Eugene): 

Karangan:
Sila rujuk lembaran kerja yang telah diberikan pada hari Jumaat, 19.08.22.


--------------------------------------------------


MATLAMAT

1. Mengulang kaji struktur karangan soalan #2
2. Menyiapkan tugasan berdasarkan struktur yang telah diajarkan


--------------------------------------------------


KATAPAT

Arahan: Cuba mendapat jawapan KATAPAT pada hari ini dalam masa yang paling singkat.

Masa: 5 minit



--------------------------------------------------------


KARANGAN

Arahan:

1. Isikan halaman 1 (BiSAMBaDi) dengan merujuk Karangan (Model).

2. Selesaikan halaman 3: susunan BiSAMBaDi dan jumlah perkataan.

3. Salin semula Karangan (Model) yang lengkap dalam kertas kajang lalu hantar kepada guru pada hari Isnin (22.0822). Kokotkan kertas kajang pada bahagian paling depan tugasan. Letakkan tugasan di atas meja bilik darjah 6 Budiman.

4. Jika kamu ada pertanyaan tentang karangan, isikan pertanyaan-pertanyaan kamu dalam Padlet berikut: 
https://padlet.com/cikguhizam/karangan

4. Selamat mengulang kaji dan maju jaya!

PERHATIAN: Kamu dibenarkan menggunakan kamus semasa ujian Karangan. Kamus yang telah dibubuh pelekat sekolah sahaja yang boleh digunakan. Sila ambil kamus kamu di kelas 6 Budiman pada hari Isnin, dari 0700h hingga 0725h.

Thursday, August 11, 2022

D6BM 2022 - Latihan Lisan 11-12.08.22

Contoh-contoh Soalan Lisan #2 dan #3


Sila rujuk rajah berikut bagi struktur isi-isi jawapan Soalan 2 dan Soalan 3.


Soalan #2 (Pengalaman)
- Mengapakah sifat bertanggungjawab penting? Jelaskan.
- Membersihkan kawasan tempat tinggal kita adalah penting. Jelaskan.
- Ceritakan pengalaman kamu membuat sesuatu yang kamu suka.
- Ceritakan pengalaman kamu melihat suatu situasi yang kurang sopan.
- Keharmonian kaum amat penting di Singapura. Jelaskan.
- Ceritakan pengalaman kamu menunjukkan sifat penyayang di rumah.
- Menjaga alam sekitar amat penting. Jelaskan.
- Pernahkah kamu melihat seseorang yang tidak menunjukkan sifat penyayang kepada orang lain? Terangkan.
- Pernahkah kamu nampak seseorang kawan yang tidak mempamerkan sifat hormat-menghormati kepada kawan-kawan lain. Ceritakan.
- Apakah tempat di negara jiran yang kamu ingin kunjungi. Mengapa?


Soalan #3 (Program/Kempen/Kegiatan)
- Ceritakan kempen sifat bertanggungjawab di sekolah kamu.
- Ceritakan cara sekolah kamu menggalakkan sifat bertanggungjawab dalam kalangan pelajar.
- Ceritakan cara ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak beriadah di rumah.
- Ceritakan kempen memupuk nilai hormat-menghormati dalam kalangan pelajar di sekolah kamu.
- Ceritakan cara sekolah kamu boleh memupuk sifat harmoni dalam kalangan pelajar.
- Ceritakan cara masyarakat kita boleh menunjukkan sifat penyayang antara satu sama lain.
- Ceritakan cara keluarga kamu menjaga alam sekitar di rumah.
- Apakah perkara-perkara baik jika masyarakat hidup dalam keadaan harmoni? Terangkan.
- Apakah perkara-perkara positif jika sesebuah keluarga hidup saling membantu? Ceritakan.
- Pada pendapat kamu, beriadah lebih seronok atau belajar? Mengapa?