Sunday, November 14, 2021

Kosa Kata #2 (Darjah 5 2021)

https://crosswordlabs.com/view/kosa-kata-2-darjah-5-2021

Kosa Kata #2 (Darjah 3 2021)

https://crosswordlabs.com/view/kosa-kata-2-darjah-3-2021

D5BM 2021 - Karangan 7 - Soalan 1B (Amali)

Satu peristiwa yang mengajar kamu nilai bekerjasama.

apa yang berlaku
siapa yang terlibat dalam peristiwa itu
bagaimana kamu mengatasi masalah tersebut
apa pelajaran yang kamu peroleh daripada peristiwa itu


_____Pada hari Jumaat lalu, aku sedang duduk di kantin sekolah. Aku terlihat sekumpulan pelajar sedang betengkar. Mereka seperti anjing dengan kucing kerana selalu bergaduh. Aku teringat semula suatu peristiwa yang berlaku pada bulan Januari. --> 28 perkataan

_____Kumpulan Sofy perlu menyiapkan suatu projek peribahasa di dalam kelas. Sofy mati akal kerana tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Dia mengajak kumpulannya berbincang tetapi mereka salah faham. --> 28 perkataan

_____Tiba-tiba, Sofy tidak bersetuju lalu mengherdik Shikin. Shikin pun menaikkan suaranya. Efan dan Nafiz yang baru tiba di kelas 5 Budiman dari kelas 5 Arif berasa risau. Mereka campur tangan kerana melibatkan diri dalam hal orang lain. Kelas-kelas mereka terletak di tingkat lima. --> 43 perkataan

_____Sebenarnya, Sofy tidak bersetuju untuk melukis sebuah poster sebagai projek kumpulannya. Shikin keras kepala kerana degil. Dia tetap mahu melukis poster lalu dia dan Sofy saling bertengkar. Efan melaporkan peristiwa itu kepada guru Bahasa Melayu mereka iaitu Cikgu Hazim. Nafiz khuatir Shikin dan Sofy akan tercedera jika mereka bergaduh. Aku juga turut risau semasa memerhatikan gelagat mereka. --> 57 perkataan

_____Mujur, Cikgu Hazim dalam perjalanan ke kelas 5 Budiman. Dia bergegas masuk ke dalam kelas selepas Efan melaporkan pertengkaran antara Sofy dan Shikin. Cikgu Hazim menegur sikap Sofy dan Shikin yang tidak bekerjasama. Cikgu Hazim menasihati mereka bahawa sikap bekerjasama penting dalam kerja berkumpulan. Sepatutnya, Sofy dan Shikin mesti bagai aur dengan tebing kerana saling membantu. --> 56 perkataan

_____Akhirnya, Sofy dan Shikin buang yang keruh, ambil yang jernih kerana berdamai dan melupakan pertelingkahan. Projek yang mereka hasilkan meraih markah tertinggi dan pujian daripada rakan-rakan dan Cikgu Hazim. Peristiwa itu mengajar aku tentang nilai bekerjasama. Selain itu, aku belajar bahawa sifat hormat-menghormati perlu ada dalam kumpulan. Kita perlu berbincang dengan baik agar suasana lebih harmoni. --> 56 perkataan

Jumlah perkataan: 268

Thursday, November 4, 2021

D5BM 2021 - Latihan Kosa Kata

Selamat Sejahtera, 5 Budiman.

Baca arahan-arahan berikut lalu selesaikan tugasan.

1. [
1000h-1010h] (Tembok Kata) Taipkan SEPULUH (10) perkataan baharu atau yang tidak difahami dalam Mentimeter (PIN: 55199182):
https://www.menti.com/74v22p4aon 

2. [1010h-1020h] (Jejak Kata) Cari makna perkataan-perkataan baharu atau yang tidak difahami menerusi www.dbp.gov.my lalu catat dalam Buku Ilmu.

3. [1030h-1040h] (Sambung Lagu Itu) Tonton DUA (2) video berikut lalu catat sekurang-kurangnya LIMA (5) perkataan baharu atau yang tidak difahami dalam Buku Ilmu.
https://www.youtube.com/watch?v=3Jt-flvNKpY

https://www.youtube.com/watch?v=IVFMLpTnX8Y

4. [1040h-1050h] (Baca Berita) Baca TIGA (3) rencana elektronik dalam Berita Harian bertarikh 05.11.21 lalu kenal pasti SATU (1) rencana yang amat kamu minati: https://www.beritaharian.sg/

5. Jika selesai, tonton video-video berikut:
https://www.youtube.com/watch?v=Wplnu2RsJzQ

https://www.youtube.com/watch?v=1r1G-kAWaPM