701 perkataan
Markah:
Dari ladang singgah ke dusun,
Punggah sebakul tidaklah rumit;
Dari Bishan pulang ke Yishun,
Singgah sebentar di Noods & Meats.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Ring Road, 20.03.18, 1728h
Dari muara dayung ke Bintan,
Beli sebakul ketang di kedai;
Dari utara ke selatan,
Bertemu seorang lagi Bidai.
Mohamed Hizammuddin, Jalan Bukit Merah, 24.03.18, h?
Daun pandan si daun cekur,
Keluar buih selepas bilas;
Hujung Ramadan umat bersyukur,
Berkongsi kuih saya balas.
Mohamed Hizammuddin, Punggol Place, 04.06.19, 0730h
Jalan-jalan di mukim Yishun,
Singgah di bawah pohon rendang;
Jalan-jalan nak makan bihun,
Singgah di gerai nasi padang.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Ave 9, 17.04.18, 1455h
Empat kali menjinjing longan,
Menyusun tanah gumpal liat;
Empat hari menyingsing lengan,
Menyusun amanah dengan giat.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, ??.10.18, ????h
Singa bukan sembarang singa,
Singa melaju kalam siasah;
Bunga bukan sembarang bunga,
Bunga teraju dalam madrasah.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 06.04.18, 2002h
Apalah guna perahu suasa,
Kalau setakat bahan di Kampar;
Apalah guna mahu berpuasa,
Kalau setakat menahan lapar.
Mohamed Hizammuddin, Serangoon Central, 11.05.19, 1947h
Jadi perisai daripada balah,
Bukan jadi kacanya;
Jadi penyelesai kepada masalah,
Bukan jadi puncanya.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 20.06.19, 1709h
Orang berpantun kita berpantun,
Orang berbahasa kita berbahasa;
Lidah bersantun mulut bersantun,
Kerana pulut santan binasa.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 20.10.19, 1135h
Tidak layu periuk kera,
Nampak indah di waktu pagi;
Dwiabad Melayu Singapura,
Semoga gah berkurun lagi.
Mohamed Hizammuddin, Empress Place, 11.01.20, 1530h
Kalau ibunda pintal bintang,
Alangkah indah suasana;
Kalau tiada aral melintang,
Insya-Allah saya ke sana.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 21.02.20, 1811h
Buah pulasan semakin lebat,
Rasanya masam pohonnya tegak;
Dua insan menjadi sahabat,
Gara asam pedas menggelegak.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 21.02.20, 2030h
Andai daki si Gunung Ledang,
Baik lagi Goa ke bulan;
Andai baiki bilah si pedang,
Baik lagi doa sang polan.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 1021h
Apa guna pisau diasah,
Kalau si mata tumpul gering;
Apa guna ada siasah,
Kalau jelata punah kering.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 0957h
Siapa guna doa Sulaiman,
Halau sema semut bergula;
Apa guna arif budiman,
Kalau cuma junjung piala.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.16, 0948h
Mendengar guruh di langit,
Tempayan berair dicurahkan;
Membingar geruh dihangit,
Berkoyan bil air digandakan.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 0922h
Setinggi-tinggi awan di langit,
Akhirnya hujan turun ke bumi;
Setinggi-tinggi kawan dikapit,
Akhirnya ihsan pulun dek resmi.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 0759h
Apa guna pijak berlari,
Kalau padi dicantas cuba;
Apa guna bijak bestari,
Kalau budi dibalas tuba.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 0743h
Luhur padi kesuma padi,
Isikan padi dalam acuan;
Hulur budi terima budi,
Inikan budi oleh sang tuan.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 26.02.17, 0725h
Semai baja di dalam para,
Cahaya jelita kelak suram;
Tatkala raja asyik mengira,
Nescaya pelita semakin kelam.
Mohamed Hizammuddin, Punggol Place, 26.03.18, 0815h
Ikan Gelama gigit Mak Iloi,
Mak Ilai tawa terbahak-bahak;
Jauh di selatan amat berbaloi,
Pagi berkampung di Yusof Ishak.
Mohamed Hizammuddin, Yusof Ishak House, 17.03.18, 0947h
Si burung gagak si burung helang,
Sama serumpun si burung hantu;
Maghrib kelak nan Ramadan jelang,
Kupohon ampun doa dan restu.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 23.04.20, 1630h
Daun pandan tumbuh selia,
Makan serumpun si ikan patin;
Sambut Ramadan bulan mulia,
Mohon ampun zahir dan batin.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 12.04.21, 1920h
Buah durian bermacam jenis,
Mao Shan Wang mahal harganya;
Elak makanan yang terlalu manis,
Kencing manis potong kakinya.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 27.02.21, ?h
Tuah Jebat bersilang keris,
Tarung sengit siang dan malam;
Usaha hebat perlulah laris,
Elak sangit bahasa tak kelam.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 19.02.21, ?h
Kerbau kambing mengunyah tunas,
Tenang himpun di tepi kantin;
Tidak terambing malah bernas,
Mohon ampun zahir dan batin.
Mohamed Hizammuddin, Yishun Street 51, 30.07.20, 1913h