Sunday, February 28, 2021

D5BML 2021 - Tugasan #2 (Karangan BML 2B)

Matlamat (Objektif)
Kamu akan:
1. mengenal pasti bentuk Dialog 'A'.
2. menulis dialog dengan menggunakan bentuk Dialog 'A' pada Perenggan 2, 4, 6, 8, 10 dan 12.

Sila lihat paparan 'Karangan Berdialog A' berikut:


Contoh dialog (merah) dalam paparan atas mengandungi format yang ada tanda-tanda baca wajib seperti Tanda Pembuka Kata (kuning), Tanda Seru/Tanya/Koma (hijau), Tanda Penutup Kata (kuning) dan Tanda Nokhtah (biru). Sepotong dialog perlu ringkas tetapi memberikan kesan (impak), antara 8 hingga 12 perkataan.

Sila lihat paparan 'Format Dialog A' berikut:


Sekarang, kamu akan salin semula Karangan BML 2B dalam kertas kajang. Tuliskan dialog-dialog sesuai yang memberikan kesan dalam Perenggan 2, 4, 6, 8, 10 dan 12. Hantar Karangan BML 2B pada hari Selasa (2 Mac 2021) dalam kelas Bahasa Melayu.


Karangan BML 2B

     Pada pagi hari Sabtu lalu, cuaca amat mendung. Angin bertiup kencang menerusi jendela kamar tidurku. Aku cepat-cepat menutup daun-daun jendelaku sebelum tempias hujan membasahi langsir. (25p)

     Perenggan 2 (Tulis Dialog A)

     "Eh, sejuk betul suhu dalam kamar aku ini!" aku mendengus.     
    
     Suhu dalam kamarku begitu dingin meskipun aku tidak menyalakan alat hawa dingin. Aku menggosok-gosok kedua-dua telapak tanganku untuk mendapatkan haba. Namun begitu, aku masih menggigil kesejukan. (26p)

     Perenggan 4 (Tulis Dialog A)

     "Baik aku keluar dari kamar ini," aku berkata sendirian.
     
     Kemudian, aku memulas tombol pintu kamarku untuk pergi ke kamar istirehat untuk menonton rancangan di televisyen. Sebenarnya, aku berseorangan di rumah kerana keluargaku menghadiri majlis walimah Pak Cik Irfan, sepupu ayahku. Aku berasa letih lalu enggan mengikuti mereka. (38p)

     Perenggan 6 (Tulis Dialog A)

     "Ahhh!" aku bersangap sambil meregangkan kedua-dua tangan dan kakiku.

     Tiba-tiba, aku terdengar sesuatu bunyi dentingan di kamar dapur. Barangkali daun-daun jendela di kamar dapurku belum ditutup. Pasti angin kencang menembusi jendela lalu meniup sudu-garpu yang mengakibatkan bunyi berdenting. Aku pun berjingkit-jingkit untuk menuju ke kamar dapur. (37p)

     Perenggan 8 (Tulis Dialog A) 

     "Astaghfirullah!" aku menjerit lantang kerana terperanjat dan geli.

     Aku mengurut-urut dadaku. Seekor lipas berterbangan dalam kamar dapurku seolah-olah sebuah helikopter yang mahu membuat pendaratan kecemasan. Aku cuba mengelak daripada terkena lipas yang menggila itu. Aku mencapai sebuah tin penyembur serangga lalu menyembur racun ke arah lipas itu. (39p)

     Perenggan 10 (Tulis Dialog A) 

     "Ha, matilah engkau!" aku terpekik kesukaaan tetapi masih berasa geli.

     Akhirnya, lipas itu tersembam ke lantai kamar dapur. Aku berpuas hati kerana tidak perlu berasa geli-geleman lagi. Ia terbujur kaku. Aku mencapai sebatang penyapu dan penadah sampah lalu mengalihkan bangkai itu ke dalam tong sampah. (35p)

     Perenggan 12 (Tulis Dialog A) 

     "Alhamdulillah. Bilakah Ibu dan Ayah ingin pulang ke rumah?" aku bertanya sendirian.

(??? perkataan)


D5 2021 - Latihan Kertas 2 (Penggal 1 Latihan 2)

1. (4)
2. (1)
3. (3)
4. (1)
5. (1)
6. (3)
7. (2)
8. (4)
9. (2)
10. (3)

11. (3)

12. (4)
13. (4)
14. (2)
15. (3)

16. (2)

17. (1)
18. (4)
19. (2)
20. (3)

21. (4)

22. (3)
23. (4)
24. (4)
25. (3)

26. (5)

27. (2)
28. (4)
29. (1)

30. (3)

31. (3)
32. (4)

33. Pertama, hadiah pertama untuk pertandingan karaoke ialah dua tiket percutian ke Australia (1). Kedua, ayah dapat bergambar bersama artis-artis (1). Marilah ayah berkaraoke dalam Karnival Amal (1)!

34. Orang yang memberi Indra wang sepuluh dolar ialah ibunya (2).
35. Dua bukti untuk menunjukkan bahawa Indra tidak memberikan tumpuan terhadap pelajaran yang diajarkan Cikgu Roza adalah sewaktu Cikgu Roza memanggil namanya, Indra termenung (2) dan Cikgu Roza kemudian menepuk bahu Indra apabila soalannya tidak dijawab (2). 
36. Cara hubungan Indra dan Faizal di dalam kelas adalah Indra tidak berkawan rapat dengan Faizal (2).
37. Dua contoh yang menunjukkan bahawa Indra seorang yang sombong adalah Indra tidak suka berkawan dengan pelajar yang lemah dalam kelas (2) dan mendiamkan diri sahaja tanpa menjawab pertanyaan Faizal langsung (2).
38. Dua perbuatan Faizal yang menyokong pernyataan bahawa Faizal seorang kawan yang prihatin adalah Faizal menemani Indra berjalan keluar dari bilik darjah (2) dan menyarankan agar Indra berjumpa dengan Cikgu Arif lalu menerangkan hal yang sebenarnya (2).
ATAU
- Faizal pun menemani Indra ke bilik guru untuk berjumpa Cikgu Arif (2)
- Faizal mahu tolong Indra yang macam ada masalah (2)
39. Dua contoh untuk menunjukkan bahawa Indra sudah berubah sikap adalah dia berkawan rapat dengan Faizal (2) dan membalas budi baik kawannya itu dengan membantu Faizal dalam pelajarannya yang lemah (2).

40a. dompet
40b. ikhlas

Tuesday, February 23, 2021

D3 2021 (Arif) - Latihan Membaca (Rakaman Suara)

Pelajar-pelajar berikut perlu merakam bacaan menerusi www.vocaroo.com lalu hantar menerusi e-mel kepada mohd_hizammuddin_mohd_yusof@moe.edu.sg

1. Eryna
2. Rasheda
3. Adryna
4. Malaeka

Sila baca sambil merakam petikan berikut:


     Cuaca pada hari itu cerah. Budi sedang berjalan pulang dari sekolah. Dia menunduk kesedihan.

     “Aku gagal lagi dalam ujian. Kalau aku tunjukkan kertas ujian ini kepada Ibu, tentu dia akan memarahi aku,” kata Budi sambil membelek-belek kertas ujian yang diberi oleh Cikgu Sarah tadi.

     Setelah sampai ke rumah, Budi ke dapur. Dia melihat ibunya sedang sibuk memasak. Dia menyapa ibunya. Ibunya melihat ke arah Budi yang sedang kelihatan risau. Budi memberitahu ibunya perkara yang terjadi.

     “Tidak mengapa, Budi. Budi perlu berdaya bingkas dan jangan putus asa. Belajar dengan lebih gigih lagi supaya lulus dalam ujian seterusnya, ya?” pujuk ibu Budi sambil memeluknya.

     Budi mengangguk. Dia lega ibunya tidak memarahinya. Dia berazam untuk mendapat markah yang baik dalam ujian akan datang.



Tugasan ini perlu diselesaikan pada hari Rabu (24.03.21) sebelum 5.00 petang.

Selamat mencuba!

Tenkiu veri nais :).

Monday, February 15, 2021

Darjah 5 (2021) - Karangan 2C

     Pada hari Sabtu lalu [1Bi], pelajar-pelajar Sekolah Rendah Sumang [2S] mahu menonton pertandingan sukan [3A] di Stadium Punggol [4Di]. Mereka mahu menyokong pasukan masing-masing [5M]. Mereka berasa ghairah [6Ba]. --> 23 perkataan


     Pada pukul lapan pagi
[1Bi], peserta-peserta sukan [2S] yang terdiri daripada Pasukan Biru, Hijau, Kuning dan Merah berarak [3A] di balapan [4Di]. Setiap pasukan mahu mempamerkan anggota pasukan mereka [5M]. Mereka berasa bangga [6Ba] kerana para penonton dan penyokong memberikan tepukan gemuruh. 
--> 36 perkataan


     Kemudian
[1Bi], Shaqir dan Alee [2S] membuat senaman ringan [3A] di balapan [4Di] supaya otot-otot kaki mereka tidak kejang. Mereka akan bertanding dalam acara larian 100 meter [5M]. Mereka berasa gementar kerana pesaing-pesaing lain sama handal [6Ba]
--> 31 perkataan


     Seterusnya
[1Bi], Irman [2S] pergi ke kawasan kotak pasir [3Di]. Dia akan bertanding dalam acara lompat jauh di situ [4A]. Dia berasa megah [5Ba] kerana dia fikir bahawa dia mudah untuk menang dalam acara itu [6M]
--> 30 perkataan


     Selepas itu
[1Bi], Shaqir, Alee, Irman dan Insan [2S] bersiap-sedia untuk acara lumba baton berganti-ganti [3A] di balapan [4Di]. Mereka yakin [5Ba] bahawa jika mereka bekerjasama [6M], mereka akan menjadi juara dalam acara itu. 
--> 28 perkataan


     A
khirnya [1Bi], para peserta dan penyokong [2S] berjalan menuju ke luar stadium [3Di] untuk pulang ke rumah [4A]. Mereka pulang ke rumah kerana pertandingan sukan tamat [5M]. Para peserta berasa gembira kerana memenangi beberapa piala [6Ba]
--> 30 perkataan

(178 perkataan)
---------------------------------------------------

Perbincangan dalam kelas: Berapakah markah yang wajar diberikan kepada karangan ini?

Isi - ?/20 markah
Bahasa - ?/20 markah

Julat Markah (Isi & Bahasa):
17-20 markah --> 
Cemerlang
13-16 markah --> Kepujian
9-12 markah --> Baik
5-8 markah --> 
Sederhana
1-4 markah --> Lemah

Monday, February 1, 2021

D5BML 2021 - Tugasan #1



Arahan:

1. Klik pautan berikut untuk akses Padlet: https://padlet.com/cikguhizam/5bml2021

2. Ikut pencontoh (template) yang diberikan.

3. Selesaikan tugasan ini sebelum 8 Februari 2021, jam 1.00 tengah hari.

4. Selamat mencuba!

***********************************

Jika berkesempatan, ajaklah keluarga untuk tonton filem Puteri Gunung Ledang (lakonan Datin Tiara Jacquelina) menerusi Netflix atau ...


... Hang Tuah (lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee) menerusi YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=J5Sx8YJMKRQ