Monday, November 18, 2019

Encouraging the Use of Dictionary for Vocabulary Acquisition


Dear Comrades,

Tenkiu veri nais for choosing to attend my mini sharing session. I welcome your feedback in order to improve on our learning and teaching pedagogy. 

Have fun!


Sincerely,
Mohamed Hizammuddin


To download presentation Power Point, please click here: 

To participate in Mentimeter, please click here: 
www.menti.com (68 62 22)

Q&A:
1. When do you get the students to use the dictionary (in a lesson)?
You can use Jejak Kata as an induction, once a week, or as a full lesson in Term 1. I've explained that students need to be explicitly taught on the how to use a dictionary and its benefits. Frequency of use as an induction or full lessons, depends on your students' learning profiles. The study (two key ideas) that I've embarked on was to track students' proficiency between January to November. At primary 3, students are given only base words. 


2. What will be the follow up of the dictionary word game?
The bigger picture is for students to use the new words in their sentences construction or composition writings, even in their conversations. Teachers need to track if their students are able to grow their vocabulary.

3. Which part of the lesson do you infuse this game into?
It depends on your learning objectives. Jejak Kata's two key ideas are to improve students' timing in locating words and also encourage self-directed and self-regulated learning.

4. What are the rules students must abide when using a dictionary?
Jejak Kata is designed to be a game-centric pedagogy. Guess what? You can change and add your own rules to give Jejak Kata more flavours and fun!

5. How do we then teach pupils to extract the base word?
Extracting base word of words is a skill. It needs to be explicitly taught in stages over several lessons. This skill is developed over time. You can put up posters in class so that students can refer to steps to identify base word.

6. How would you encourage students to make use of the words searched besides just increasing their proficiency of searching?
Please refer to answer for Question 2. Jejak Kata is one of many strategies in language vocabulary acquisition. Using a dictionary is also one of many strategies to develop the proficiency of a language. However, with the two key ideas of Jejak Kata, students will develop empowerment towards self-directed and self-regulated learning. 

Comments:
- This activity promotes joy of learning in our students. Good job, Hizam!
- Put a chart in the class to show current record - to further hype up the game.
- I think this is a fun way to help students to learn, with limitless potential for variety.

Tuesday, October 22, 2019

D2 2019 - Kertas Bahasa SA2 2018

Kalau jawapan kamu salah, buat pembetulan dengan menggunakan warna hijau.





1. dahan
2. sungai
3. harimau
4. pawagam
5. sarang

6. jururawat
7. Gerai
8. reben
9. tentakel
10. Troli

11. membersihkan
12. melukis
13. menghantar
14. menonton
15. membuang

16. pameran
17. ketua
18. rajin
19. berkumpul
20. menampal

21. Ana berjalan ke kantin.
22. Budi bermain di taman permainan.
23. Pekerja pembersihan menyapu lantai.
24. Puan Aminah membeli sekotak kek cawan.
25. Ibu Siti akan melahirkan bayi dua minggu lagi.

26. (3)
27. (1)
28. (1)
29. (1)
30. (1)

31. ayahnya dan Rayyan.
32. itulah kali pertama dia pergi memancing ikan.
33. berjaya menangkap ikan gelama, ikan tamban dan ikan kerapu.
34. mengajar kita erti kesabaran.
35. menunjuk ibunya ikan yang ditangkapnya itu.

D4 2019 - Kertas Bahasa 2 (Penggal 4)

Kalau jawapan kamu salah, buat pembetulan dengan menggunakan warna hijau.





1. (3)
2. (2)
3. (2)
4. (3)
5. (1)

6. (6)
7. (1)
8. (8)
9. (3)

10. (4)
11. (7)
12. (3) atau (8)
13. (1)
14. (5)

15. (2)
16. (4)
17. berlari-lari anak, berenang, bersukan atau berbasikal. Kita juga boleh bersenam di tempat-tempat yang indah seperti taman-taman riadah yang terdapat di merata Singapura. Ayuh, Emak! Mari kita bersenam.

18. Pada petang itu, Rusli dan Aiman berada di bangku batu di kolong blok.

19. Perasaan dua orang sahabat itu semasa berada di jeti adalah seronok.

20. Perkara yang terjadi kepada Rusli ketika dia memancing adalah dia menjerit kesakitan (1) dan tangannya mula membengkak (1). ATAU tangannya terkena sengat anak ikan pari yang berbisa (2).

21. Satu sifat pemuda itu adalah bijak (1) dan satu bukti adalah dia membawa Rusli ke hospital yang terdekat (1).

22. membengkak

Sunday, October 20, 2019

Sekolah Rendah 'Kampong Punggol View'


SEMANGAT GOTONG-ROYONG: Encik Mohamed Hizammuddin Mohamed Yusof yakin cabaran pembalajaran dan pengajaran bahasa Melayu dapat diatasi bersama dengan kerjasama semua pihak termasuk kakitangan sekolah dan ibu bapa. - Foto BM oleh JEREMY KWAN

BELIAU menggelarkan Sekolah Rendah Punggol View, tempat beliau mengajar, sebagai Kampong Punggol View dan muridnya, sebagai penduduk kampung itu.

Dengan semangat kampung dalam sekolah itu pula, Encik Mohamed Hizammuddin Mohamed Yusof berharap semua cabaran pembelajaran dan pengajaran boleh diatasi bersama.

Antara cabaran itu termasuk murid yang kurang menggunakan bahasa Melayu di rumah serta murid yang kurang faham bahasa itu dalam bilik darjah.

Menggelarkan bilik darjah sebagai balairung, guru bahasa Melayu itu berkata:

"Dalam 'balairung' masing-masing, kami menggalakkan rakyat menyanyi, berlakon, membuat persembahan dan macam-macam lagi untuk meningkatkan minat 'rakyat' dengan pembelajaran Bahasa Melayu.

"Selain itu, sokongan waris di rumah amat penting. Di Kampung Punggol View, kami menggalakkan waris supaya menyertai bengkel bahasa Melayu atau menyingsing lengan mengikuti program bahasa Melayu kami agar mereka boleh terlibat sama dalam pembelajaran bahasa Melayu anak-anak.

"Acap kali, 'rakyat' bertambah ghairah apabila waris mereka hadir untuk sama-sama belajar bahasa Melayu," kata Encik Mohamed Hizammuddin.

Antara usaha yang dijalankan untuk menarik minat murid dengan bahasa dan budaya Melayu termasuk mengadakan pelbagai kegiatan seperti merasa kuih-muih, membuat dan memakai destar serta bermain permainan tradisional Melayu sempena sambutan Dwimingguan Bahasa Ibunda (DBI).

Hasilnya, program ini bukan sahaja berjaya menarik minat murid Melayu tetapi juga murid berlainan kaum yang turut tampil menyertai kegiatan itu.

"Kami berfikir bahawa pembelajaran budaya Melayu perlu inklusif dan bukan setakat terkurung dalam empat tembok di bilik darjah.

"Berkat usaha menyemai benih semangat ingin tahu, murid bertambah ghairah untuk mempelajari bahasa Melayu," ujar Encik Mohamed Hizammuddin.

Menurut guru berusia 40 tahun itu, beliau juga berasa bertuah dapat mengajar bahasa Melayu kerana pembelajaran bahasa ini merangkumi sastera dan budaya.

Tambahnya, beliau juga cekal menjalankan tanggungjawab sebagai guru itu disebabkan semangat muridnya yang memiliki sifat ingin tahu serta sentiasa mendahagakan ilmu.

"Merekalah membentuk diri saya sebagai pendidik.

"Peluang untuk menatap wajah yang sering tersenyum dan peluang untuk membentuk pemikiran mereka sentiasa membuat saya teruja dalam melaksanakan tanggungjawab ini," ujar Encik Mohamed Hizammuddin yang sedang mengikuti pengajian Sarjana Pendidikan dalam Kurikulum dan Pengajaran di Institut Pendidikan Nasional (NIE)/Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Usaha beliau terus menimba ilmu dapat mengembangkan pandangan dan pengalamannya dalam landskap pendidikan.

Malah baginya, beliau terus menambah pengalaman baru dan dapat belajar daripada muridnya semasa mengajar mereka.

"Ini kerana seseorang yang tinggi adab haruslah murni budi pekertinya, bukan untuk dijunjung oleh masyarakat tetapi untuk membina masyarakat yang menyeluruh.

"Seseorang yang berilmu haruslah rendah hati bak pepatah, bawa resmi padi, makin berisi makin tunduk. Seseorang yang berilmu juga haruslah berkongsi pengetahuannya dan belajar sepanjang hayat," katanya.