Tuesday, June 3, 2014

Wawancara

1. Apakah perasaan kamu sekarang ketika menghadiri Seminar Bahasa Melayu 2014?

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada guru Bahasa Melayu saya, Cikgu Hizam, kerana memberi saya peluang menghadiri Seminar Bahasa Melayu 2014. Saya dapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang model karangan yang murid-murid Sekolah Chongfu pelajari. 

Kedua, saya amat tertarik dengan pameran-pameran daripada sekolah-sekolah lain kerana banyak ilmu baru saya timba yang boleh mempersiapkan saya menghadapi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah. 

Terakhir, saya berpeluang berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dengan murid-murid daripada sekolah-sekolah lain dan juga peringkat sekolah menengah.

2. Apakah yang pengalaman yang kamu tidak dapat lupakan?

Saya fikir pameran daripada sekolah xxx amat baik kerana memberi kesan kepada saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang pameran itu. Sebelum ini, saya tidak pernah menghadiri majlis ilmu seperti ini. Jika ada peluang seperti ini lagi, saya mahu menyertainya bersama kawan-kawan.

Terima kasih.


Monday, June 2, 2014

Menggunakan Model Metakognitif dalam Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Karangan Bergambar (Darjah 3 hingga 6)

1. Apakah yang kamu tahu tentang model karangan yang diajar oleh guru?

2. Apakah masalah yang kamu hadapi semasa mempelajari model karangan? Mengapa?

3. Apakah yang kamu suka tentang model karangan? Mengapa?

4. Apakah perubahan yang kamu kenal pasti dalam karangan kamu setelah mempelajari model karangan?

5. Apakah cara-cara menulis karangan dengan menggunakan model karangan?

6. Mengapakah karangan kamu lemah sebelum mempelajari model karangan?

7. Bagaimanakah kamu menerapkan model karangan dalam latihan penulisan atau peperiksaan?

8. Soalan-soalan lain akan ditambahkan.