Tuesday, February 18, 2014

Petua Bahasa Melayu Lanjutan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah 2014

Salam sejahtera Cerdik,

Berikut ialah petua:
PERIBAHASA
1. serlah makna dalam ayat
2. kadangkala, makna itu diparafrasa

MENGEDIT TEKS
1. kombinasi 2 perkataan + 3 imbuhan
2. kombinasi 3 perkataan + 2 imbuhan
3. selalunya, jika berimbuhan, salah imbuhan atau perkataan
4. selalunya, jika perkataan, salah perkataan sahaja
5. cari variasi imbuhan, jika salah imbuhan
dipakai
memakai
terpakai
pakaian
memakaikan
dipakaikan
pemakai
berpakai
berpakai-pakai
berpakaian
pemakaian
sepemakaian

SUSUN AYAT
1. baca keseluruhan teks
2. baca semua pendaya (jawapan)
3. cuba masukkan jawapan dalam setiap ruang kosong
4. pangkah nombor pendaya yang salah
5. baca ayat sesudah dan sebelum ruang kosong selepas isi jawapan agar bersesuaian

IDEA UTAMA
1. cuba rumuskan isi perenggan dalam sepotong ayat (jika sukar, ikut proses berikut)
2. cari ayat tunggal sahaja
3. idea utama selalu berada dalam ayat paling depan, paling belakang atau di tengah-tengah 
4. pangkah ayat yang mengandungi:
contoh, tersebut, bahawa, sebagai, dengan, dan, tetapi, atau, seperti, begitu, begini, itu, ini, walaupun, namun, bagai, juga, ia, dia, mereka, -nya, ialah, adalah, kerana, lalu
5. jika semua ayat mengandungi perkataan yang tersenarai, pilih ayat yang paling kurang pangkah
6. buat rumusan jika kesemua ayat sama jumlah pangkah

KEFAHAMAN
1. Baca petikan 2 kali. Kali pertama, imbas lalu (1 minit). Kali kedua, teliti (5 minit)
2. Baca kesemua soalan
3. Kenal pasti isi jawapan dengan membubuh garisan, anak panah dan nombor soalan dalam petikan
4. Ulang semula batang soalan sebelum menulis jawapan. Serlah kesemua batang soalan.
5. SEMUA jawapan mesti berbentuk SATU ayat sahaja
6. Soalan 2 markah (1 isi) manakala  4 markah (2 isi)
7. Semak agar elak daripada kesilapan ejaan, tatabahasa dan tanda baca kerana markah akan dipotong jika berlaku sedemikian

Jangan lupa sistem bintang semasa menyemak jawapan. 

Selamat mencuba!

Monday, February 17, 2014

Darjah 6 BM 2014 - Karangan 3

Selamat sejahtera Cerdik,

Saya sudah jelaskan tentang penulisan dialog dramatik dalam karangan. Kini, kamu diberikan kerja sekolah untuk diselesaikan. Hantar pada hari Jumaat (21.02.14), 10 pagi.

Arahan:
1. Kamu perlu menulis karangan untuk gambar 1 hingga 3 sahaja. (Gambar 1 telah dituliskan)
2. Pastikan kamu menghasilkan ASBBMM di kertas soalan.
3. Cerita bagi gambar 1 akan diberikan.
4. Lat 4 baris dalam buku rampaian lalu salin cerita gambar 1 berikut:


(lat baris) (dialog 1)
(lat baris)
(lat baris)
(lat baris)

          Mujur, cuaca pada hari Ahad pagi itu [1], panas setelah hujan selama beberapa hari [2]. Erra [3] telah mencuci pakaian sebanyak dua bakul [4]. Dia berasa penat [5] setelah melaksanakan kerja rumah selama dua jam di dapur [6].

          (dialog 2)

          (gambar 2)

          (dialog 3)

          (gambar 3)

          (dialog 4)

Sila rujuk kepada nota yang telah diberikan untuk panduan.

Selamat mencuba!

Monday, February 3, 2014

Darjah 6 BM 2014 - Penilaian Alternatif Penggal 1

Selamat sejahtera Cerdik,

Kamu akan menjalani Penilaian Alternatif Penggal 1 (PAP1) antara 04 dan 07 Februari 2014.

Usah khuatir!

Penilaian kali ini akan menguji pembacaan kamu. 20 markah akan diberikan. Penilaian pembacaan akan mengikut skala pemarkahan Lisan (Bacaan) iaitu Sebutan & Kejelasan (10 markah) dan Kelancaran & Gaya (10 markah).

Tema PAP1 kali ini menarik. Kamu perlu menyelidik dan mengkaji tentang seorang sasterawan, bahasawan dan budayawan tempatan, iaitu Mas. 

Untuk membaca latar belakang ringkas Mas, sila klik pautan berikut:
1. http://asas50.com/direktori-penulis-melayu-singapura/2011/01/10/muhammad-ariff-bin-ahmad/
2. http://www.tribute.sg/artistprofile.php?displayname=Muhammad+Ariff+Ahmad+

Teks bacaan akan berdasarkan petikan daripada novel Mas yang dicetakkan pada tahun 1998, berjudul 'Syarifah'.

Selamat mencuba!