Sunday, March 4, 2012

Karangan Darjah 3 - (1) 10.01.12 (Karangan Terbaik)


_____Pada hari Ahad yang lalu, Amir sedang mengulang kaji pelajaran. Amir terlalu letih. Amir pun berehat.

_____Semasa Amir berehat, Amir terhidu bau asap. Amir terbangun daripada tidurnya lalu keluar dari biliknya. Dia mencari-cari di mana punca asap itu. Amir berasa hairan.

_____Amir berlari ke ruang tamu. Dia ternampak langsir itu dijilat oleh api. Amir terkejut apabila langsir itu terbakar.

_____Selepas itu, Amir lari k tandas untuk mengambil baldi. Baldi itu diisikan air. Amir pun memadam api tu. Akhirnya, Amir berjaya memadamkan api itu.

Karangan Darjah 4 - (1) 11.01.12 (Karangan Terbaik)



_____Pada suatu hari, Sarah sedang menangkap kupu-kupu di taman Wodlands. Tiba-tiba, dia ternampak seeko kupu-kupu hinggap di sehelai daun. Dia pun hendak menangkap kupu-kupu itu tetapi ia terbang. Dia pun mengejar kupu-kupu itu ke sebatang pokok.


_____Tiba-tiba, Sarah ternampak sekumpulan lebah berkerumun di pokok iu. Dia pun berlari lintang-pukang.


_____Lebah-lebah itu pun menyerang Sarah. Dia pun berasa cemas. Dia pun disengat oleh lebah-lebah itu.


_____Sarah pun terjatuh lalu lebah-lebah itu menyerangnya. Tiba-tiba, ayah Sarah ternampak Sarah disengat oleh lebah-lebah lalu dia melempar seketul batu ke arah lebah-lebah itu. Ayah Sarah pun berlari ke arah Sarah lalu menyelamatkannya. Sarah berjanji bahawa dia tidak akan menangkap kupu-kupu lagi.