Sunday, April 17, 2011

Karangan Darjah 5BML - (4) 11.04.11 (Karangan Terbaik)

_____Sukar aku mempercayainya. Azrul ditugaskan sebagai ketua kami. Mustahil aku dapat bekerjasama dengannya dalam projek ini. Cikgu Amirah telah memilih Azrul untuk menjadi ketua kami dalam projek bercerita. Aku amat benci dengannya kerana walaupun dia seorang yang baik hati, dia selalu sahaja ada masalah untuk melakukan kerja atau sebagainya selepas waktu sekolah.

_____"Hai, Rafi. Awak marahkah kerana awak tidak dapat menjadi ketua dalam kumpulan kita? tanya kawanku, Nurul.


_____Aku membisu. Aku tidak mahu menunjukkan bahawa aku tidak setuju dengan pilihan guru. Aku pun bangkit daripada kerusiku lalu berjalan ke arah meja Azrul. "Eh, mentang-mentang awak dapat menjadi ketua, jangan endak tunjuk lagak!" aku berbisik kepada Azrul.


_____Azrul terpegun sebentar. Dia kemudian tersenyum ke arahku. Aku kembali ke tempat dudukku sebelum menyambung membuat kerjaku. Aku berfikir untuk mencuba menunjukkan kepada guru bahawa Azrul bukan seorang pelajar yang baik seperti yang dijangkakan.


_____Apabila tiba masa untuk melakukan kerja kumpulan, aku pun mencuba untuk melakukan kerja dengan sempurna supaya mungkin Cikgu Amirah akan mengubahkan ketua kumpulan kami. Aku bekerjsama dengan ahli kumpulan yang lain seperti Nurul dan Auni. Aku ingin Azrul faham bahawa sebenarnya aku tidak suka kepadanya.


_____Pada suatu hari, aku jatuh sakit lalu aku tidak pergi ke sekolah. Aku tinggal di rumah untuk beristirehat. Aku sedang menonton televisyen apabila aku terdengar seseorang memberi salam. Aku berjalan ke arah pintu lalu alangkah aku terkejut apabila ternampak Azrul berdiri di hadapan pintu rumahku. Dia pun memberikanku beberapa kertas dan juga kertas ujian set 8.


_____Dia menerangkan kepada aku apa yang harus aku lakukan. Aku mendengar arahan dengan teliti. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kerana dia telah meluangkan masanya untuk pergi ke rumahku. Aku kemudian meminta maaf daripadanya. Aku menundukkan kepalaku tanda malu. Dia mengukirkan senyuman ke arahku. Air mata menitis turun daripada mataku Aku berjanji bahawa aku tidak akan mengulangi kesilapanku lagi. Malah, semenjak hari itu, aku dan Azrul sering bekerjasama. Sekarang, aku pun faham mengapa ramai orang mengenalinya sebagai 'ASPYPHBH' yang bermaksud Azrul Seorang Pelajar Yang Putih Hati dan Juga Baik Hati.


(Karangan telah diperbaiki.)


Dikarang oleh:

Nurul'ain Bte Nazrin

Diligence 5-1

Sekolah Rendah Qihua


Markah:

Isi - 16

Bahasa - 16


Ulasan guru:

x

Tuesday, April 12, 2011

Karangan Darjah 6 - (5) 28.03.11 (Karangan Terbaik)

_____Selepas waktu sekolah, Amirah sedang menaiki sebuah bas awam 188 yang berwarna putih untuk pulang ke rumah. Dia berasa terkejut apabila melihat bas itu sesak dengan ramai orang.

_____Semasa dia menaiki bas, dia menyeluk saku untuk mencari kad ez-linknya untuk menyentuh kad itu ke mesin tambang. Amirah berasa bimbang kerana tidak dapat berjumpa kad itu di dalam saku skirtnya.

_____Amirah memeriksa beg sekolahnya yang berwarna merah. Peluh pun mula menitis dari dahinya pada setiap saat semasa dia sedang mencari kad ez-linknya.

_____Apabila Amirah telah mendapati bahawa kad itu hilang, dia dengan segera keluar daripada bas tersebut. Semasa dia mahu keluar daripada bas itu, seorang wanita yang baik hati memanggil Amirah.

_____Dengan segera, wanita yang baik hati itu bertimbang rasa untuk memberikan sehelai wang 10 dolar kepada Amirah sebagai duit belanja. Selepas itu, wanita tersebut pun meletakkan beberapa keping syiling ke dalam tabung tambang untuk Amirah.

_____Amirah ingin menolak pemberian wanita itu. Wanita yang baik hati itu tetap mahu dia menerima wang itu.

_____Selepas peristiwa itu, Amirah mengucapkan terima kasih kepada wanita yang baik hati itu. Ibu bapa Amirah pun memberikan buah-buahan kepada wanita itu sebagai hadiah kerana menolong Amirah.

_____Selepas itu, Amirah mula mencari kad ez-linknya di rumah. Ibu bapanya pun menolong Amirah mencari kadnya.

_____5 minit kemudian, mereka telah menjumpai kad itu di dalam kotak alat tulis Amirah. Walaupun ibu bapanya dan Amirah letih, dia berasa sungguh gembira dan telah berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu sekali lagi.

(Karangan telah diperbaiki.)


Dikarang oleh:


Jolene Chng Li Jie Sekolah Rendah Qihua 6-5


Markah: Isi - 14 Bahasa - 15


Ulasan guru: Susunan ayat-ayat baik tetapi ada yang kurang berkesinambungan.

Sunday, April 3, 2011

Karangan Darjah 5BML - (3) 28.03.11 (Karangan Terbaik)

_____Aku membaca emel itu berkali-kali. Bagaimanakah Badrul dpat aku bantu? Lama aku berfikir. Aku berasa curiga. Siapakah Badrul? Aku tidak kenali dia. Aku hanya mengenali Badul Ahmad Bin Helmi di sekolah aku. Penghantar e-mel itu adalah saya_badrul@hotmail.com. Aku tidak terfikir yang Badrul memerlukan duit sebanyak itu kerana dia menghadapi masalah besar. Mengapa dia menghantar e-mel itu kepada aku?

_____Pada keesokan hari, aku pergi ke sekolah lalu bertanya kepada kawan aku, Badrul, “Bad, semalam engkau ada hantar e-mel kepada aku? Bagaimana engkau tahu alamat e-mel aku? Mengapa kau bertanya aku tentang hal itu. Keluargaku miskin. Gaji bapaku hanya seribu lima dolar sebulan,” aku berkata panjang kepada Badrul.

_____“Rizal, semalam aku tidak menghantar e-mel apa-apa pun kepada engkau. Aku pun tidak menggunakan komputer semalam. Mungkin engkau tersilap,” Badrul menjawab sambil terpinga-pinga.

_____Aku berasa risau. Aku tidak kenali sesiap lagi yang bernama Badrul.

_____Pada malam itu, aku melungsuri internet sekali lagi. Kali ini, aku terima e-mel daripada saya-badrul@hotmail.com sekali lagi. E-mel itu berbunyi, “Cepat! Aku hanya ada sedikit masa. Letakkan beg berisi duit itu di hadapan blok 503, di Jalan Orchard Road, pada pukul dua belas malam ini. Jangan mengajak sesiapa dengan kamu dan jangan memberitahu perkara ini kepada sesiapa pun. Ingat Rizal, jangan! Kalau tidak bapaku akan mati!”

_____Aku tercengang setelah membaca e-mel itu. Aku memberitahu ibu bapaku tentang perkara itu. Aku memang seroang yang baik hati dan seperti air dalam kolam.

_____“Rizal, mungkin abah tahu Barul itu siapa. Badrul Hashim,” kata abahku yang bermakna ayah.

_____Aku mengangguk kepalaku tanda bersetuju. Abah menceritakan tentang Badrul Hashim. Nama sebenarnya adalah Anding Wisowo. Anding dan abahku adalah kawan karib semasa belajar di Universiti Cambridge. Anding Wisowo adalah seorang yang miskin tetapi dia pandai dan rajin. Abahku selalu memberi Anding Wisowo duit. Sebagai ganjaran, Anding selalu memasak untuk abahku. Mereka saling membantu. Tiba-tiba, Anding menerima berita bahawa ayah yang dikasihinya telah meninggal dunia. Pemergian ayahnya membuat Anding berubah daripada baik menjadi jahat.

_____Sudah bertahun-tahun Anding dijejak oleh pasuka polis Asia. Abahku berpura-pura menjadi baik kepada Anding. Mula itulah Anding memberitahu rancangan-rancangannya kepada abahku.

_____Sudah tujuh tahun mereka tidak berjumpa tetapi abahku tahu ‘Badrul’ seperti ikan pulang ke lubuk. Nasib baik abahku bekas anggota polis lalu melaporkan hal itu kepada rakan-rakan polisnya yang lain. Tepat pada pukul dua belas malam, aku meletakkan duit palsu sebanyak seribu lima ratus dolar di dalam sebuah beg. Aku, abahku dan beberapa anggota polis yang lain bersembunyi di satu sudut pohon yang rending. Dalam masa lima belas minit kemudian, si ‘Badrul’ pun dating. Dia berseluar panjang dan berjanggut tebal.

_____Pada masa itu juga, abahku dan pasukan polis menangkap lalu memberkas ‘Badrul’. Dia dipenjarakan selama lima tahun dan disebat sebanyak enam belas kali.

_____Pada setiap hari Ahad, aku dan abahku akan menonton rancangan ‘Jejak Jenayah’ di kaca televisyen. Aku menelefon kawan-kawanku untuk menonton rancangan itu. Mungkin, aku akan dipaparkan dalam rancangan itu. Tepat pada jam sembilan malam, kes tentang Anding Wisowo ditayangkan. Aku dan abahku dipaparkan di televisen juga. Keluargaku, guru-guru dan kawan-kawanku berbesar hati. Aku berasa lega kerana Anding telah ditangkap.

(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:

Amirah 'Afifah Bte Mohamad Roslan

Diligence 5-2

Markah:

Isi - 18

Bahasa - 16

Ulasan guru:

Jalan cerita baik tetapi agak panjang. Beberapa bahagian kesinambungan tidak kukuh.