Sunday, February 20, 2011

Karangan Darjah 6 - (2) Malang Tidak Berbau 08.02.11 (Karangan Terbaik)

_____“Zoom!” bunyi kenderaan dengan kuat di depan Sekolah Rendah Qihua. Jalan raya di depan sekolah itu sesak dengan kereta, motosikal dan bas. Kenderaan-kenderaan itu dipandu dengan laju.

_____Seorang guru disiplin sedang berdiri di jalan raya untuk mengawal kenderaan-kenderaan. Dia berbuat begitu agar kenderaan-kenderaan memberi laluan kepada pelajar-pelajar melintas. Pelajar-pelajar berasa selamat sewaktu melintas jalan raya.

_____Cikgu Qistina sedang mengajar pelajar kelas 6/9. Semua pelajar suka apabila Cikgu Qistina mengajar. Mereka akan dengar dengan teliti. Cikgu Qistina juga seorang yang lucu.

_____Selepas waktu sekolah tamat, semua pelajar hendak balik ke rumah. Mereka perlu melintas jalan raya sekali lagi. Ada pelajar yang berlari-lari semasa melintas jalan raya. Cikgu Qistina menyuruh mereka agar berjalan dua barisan.

(bersambung)

_____Tiba-tiba, sebuah kereta yang berwarna merah dipandu dengan laju hampir melanggar seorang pelajar lelaki. Dengan pantas, Cikgu Qistina menolak pelajar itu ke tepi jalan raya.

_____“Bang!” kereta itu berbunyi apabila terlanggar Cikgu Qistina. Ramai orang berdekatan kemalangan itu berasa terkejut. Pelajar lelaki itu menjerit ketakutan lalu memanggil guru disiplin itu untuk menolong.

_____Dengan segera, guru disiplin itu menelefon ambulans. Pemandu itu keluar daripada keretanya lalu meminta maaf daripada Cikgu Qistina. Kemudian, dia melarikan diri.

_____Lima minit kemudian, ambulans pun tiba. Dengan segera, ambulans itu membawa Cikgu Qistina ke Hospital Changi. Guru disiplin itu mengikuti ambulans ke hospital itu.

_____Apabila sampai di hospital itu, Cikgu Qistina telah dimasukkan ke bilik bedah. Pelajar lelaki dan guru disiplin itu pun menunggu sehingga pembedahan itu selesai.

_____Selepas lima puluh minit, doktor pun keluar dari bilik itu. Mereka berasa gembira apabila doktor itu memberitahu mereka bahawa Cikgu Qistina telah terselamat. Selepas kemalangan itu, pelajar itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang berbahaya lagi.

(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Jolene Chng Li Jie
Sekolah Rendah Qihua
6-5

Markah:
Tiada kerana karangan dibimbing.

Ulasan guru:
Tidakkah pemandu itu ditahan polis? Isi Padat. Awasi bahasa.

Tuesday, February 15, 2011

Karangan Darjah 4 - (1) Sambutan Hari Lahir 13.01.11 (Karangan Terbaik)

_____Pada suatu hari, saya balik ke rumah. Apabila saya sampai, saya membuka pintu. Saya terperanjat kerana keluarga saya dan kawan-kawan menyambut hari lahir saya. Keluarga saya membelikan kek.

_____Selepas itu, semua orang pergi ke ruang tamu. Semua orang menyanyikan lagu hari lahir untuk saya. Saya meniup api lilin lalu semua orang bertepuk tangan. Saya juga bertepuk tangan.

_____Selepas itu, saya memotong kek. Saya memberi semua orang kek untuk makan. Semua orang sedang makan. Saya memotong kek menggunakan pisau plastik.

_____Selepas itu, keluarga saya memberi hadiah. Saya membuka hadiah itu. Selepas itu, semua orang tepuk tangan lalu balik ke rumah. Saya mengucapkan terima kasih kerana datang menyambut hari lahir saya. Saya pun memberi mereka beg cenderahati.

(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Hendra
Sekolah Rendah Qihua
4-?

Markah:
Isi - 7
Bahasa - 7

Ulasan guru:
Isi cerita tersusun.

Karangan Darjah 5BML - (2) Kemalangan xx.02.11 (Karangan Terbaik)


_____Kami sudah bersiap sedia untuk menaiki bas. Sudah lama kami menunggu ketibaan guru darjah kami. Di manakah dia? Dari jauh kami terlihat pengetua sekolah bergegas ke arah kami. Kami berasa takut dan menggigil apabila pengetua sekolah bergegas ke arah kami.

_____Apabila pengetua sekolah, Puan Mary, berada di hadapan kami, dia kelihatan sedih dan hampir menangis. Kami mengucapkan selamat pagi kepada puan Mary. Dia pun membalas ucapan kami.

_____Kami pun menanya Puan Mary, “Apakah yang mengakibatkan Cikgu Nurul lewat?”

_____Puan Mary menjawab, “Cikgu Nurul telah terlibat dalam suatu kemalangan jalan raya yang mengakibatkan beliau cedera parah.”

_____Kami terkejut apabila mendengar kejadian ayang amat ngeri itu. Kami terus jatuh melutut ke lantai lalu menangis teresak-esak di perhentian bas. Kami merayu kepada Puan Mary agar membawa kami bertemu dengan Cikgu Nurul di rumah sakit. Dia pun setuju lalu kami dan Puan Mary menaiki keretanya.

_____Apabila kami berserta Puan Mary sampai di destinasi, kami bergegas ke wad kecemasan. Cikgu Nurul masih belum sedarkan diri. Doktor memberitahu bahawa Cikgu Nurul akan sembuh dalam masa satu minggu. Beliau perlu berehat sementara waktu. Kami masih berdukacita dan ingin Cikgu Nurul sembuh secepat mungkin. Selepas bertemu dengan Cikgu Nurul, kami harus pulang ke sekolah. Kami melambaikan tangan kepada Cikgu Nurul lalu menaiki kereta Puan Mary untuk pergi ke sekolah semula.

(Karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Nurul Dinah Danisyah Bte Mazli
Sekolah Rendah Qihua
Darjah 5-2

Markah:
Isi – 14
Bahasa – 17

Ulasan guru:
Cikgu Nurul belum sedarkan diri boleh membalas lambaian tangan? Isi boleh dikembangkan lagi.