Tuesday, October 13, 2009

Karangan Berantai Darjah 3 (Sesat Di Rimba)

___Cuaca pada hari itu sangat panas terik. Ramai orang hendak pergi berkhemah di dalam rimba. Walaupun cuaca amat panas, suhu di rimba itu dingin kerana banyak pokok yang memberi teduh. Pelajar-pelajar Sekolah Rendah Qihua ingin berkhemah di sana. Mereka berbual-bual sambil berjalan dengan perasaan gembira.

___Setelah mereka tiba di suatu kawasan yang lapang, mereka berhenti lalu memasang khemah. Dua orang budak lelaki telah menyalakan api menggunakan ranting-ranting kering. Ada dua budak perempuan pula sedang mencari makanan yang dibawa untuk memasak. Tiba-tiba, awan menjadi mendung lalu suasana menjadi gelap.

___Auni disuruh oleh gurunya untuk mencari sebatang sungai untuk mendapatkan air. Dia membawa sebuah baldi yang kosong. Sewaktu Auni berjalan seorang diri di rimba itu, seekor binatang buas sedang memerhatikannya. Tiba-tiba, binatang buas itu menghampiri kawasan perkhemahan dengan senyap.

___Binatang buas itu mula menyerang kawan-kawan Auni. Mereka pun terperanjat lalu berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri. Binatang buas itu merayau-rayau untuk mencari mereka. Auni terdengar pekikan kawan-kawannya lalu dia kembali ke kawasan perkhemahan. Malangnya, Auni tersesat jalan.

(sambungkan dan akhirkan cerita)

Saturday, August 22, 2009

Karangan Darjah 3 - Takut Terhadap Kupu-Kupu (Karangan Terbaik 2)

__Ain keseorangan di rumah. Dia berasa bosan lalu dia mahu pergi ke Taman Jurong. Ain suka pemandangan taman itu. Pemandangan taman itu sangat indah. Cuaca pada hari itu sangat mendung sekali. Ain sedang mengambil angin di sana. Dia menghirup udara segar di sana.
__Ain menghidu bau sekuntum bunga mawar. Ain berasa ceria. Bau bunga mawar itu harum sekali. Bunga mawar ialah bunga kegemarannya. Ain terpaksa membongkokkan badannya untuk menghidu bunga kegemarannya.
__Tiba-tiba, seekor kupu-kupu yang berwarna-warni hinggap di hidungnya. Ain berasa cemas lalu dia berlari sambil menjerit kerana ketakutan. Ain berlari ke rumahnya. malangnya, kupu-kupu itu masih mengekori Ain ke rumah.
__Selepas itu, Ain sedar yang kupu-kupu itu berada di dalam rumahnya. Ain mengambil sebatang penyapu untuk memukul kupu-kupu tetapi ia berterbangan pantas. Ain ada rancangan untuk menghalau kupu-kupu itu. Ain membuka tingkap rumahnya lalu kupu-kupu itu terbang keluar menerusi tingkap itu.
(Karangan telah diperbaik.)
Dikarang oleh:
Iffah Farahsyazana Bte Abu
Sekolah Rendah Qihua
Darjah 3-2
Markah:
Isi - 9
Bahasa - 9
Ulasan guru:
Susunan cerita yang menarik! Penggunaan bahasa amat baik.

Karangan Darjah 3 - Takut Terhadap Kupu-Kupu (Karangan Terbaik 1)

__Sarah sedang mengambil angin di Taman Bunga Woodlands. Cuaca pada hari itu sangat panas. Dia pergi ke sana seorang diri kerana tidak ada sesiapa ingin menemaninya. Dia pergi ke Taman Bunga Woodlands dengan menaiki keretanya.

__Sarah sedang menghidu bau sekuntum bunga mawar. Bau bunga mawar itu amat harum. Sarah terpaksa membongkok untuk menghidu bau bunga itu. Sarah amat suka bunga mawar.

__Secara tiba-tiba, seekor kupu-kupu yang berwarna-warni hingga di hidung Sarah. sarah berasa sangat takut lalu berlari sambil menjerit. Sarah berlari lintang-pukang ke arah keretanya. Malangnya, kupu-kupu itu masih menghinggap di hidung Sarah.

__Setelah Sarah tiba di rumahnya, kupu-kupu itu masih ada di hidungnya. Tiba-tiba, Sarah memiliki idea. Dia menjentik sayap kupu-kupu itu lalu ia jatuh ke lantai lantas mati. selepas itu, Sarah tidak berani untuk pergi ke Taman Bunga Woodlands lagi.

(Karangan telah diperbaik.)

Dikarang oleh: Nur Amirah Binte Kamarzaman Sekolah Rendah Qihua Darjah 3-3

Markah: Isi - 9 Bahasa - 9

Ulasan guru: Susunan bahasa dan isi yang amat baik!

Thursday, July 23, 2009

Karangan Darjah 5 - Kecederaan Akibat Kemalangan (Contoh)


__Erlynna memicit butang lampu trafik pejalan kaki agar dia dapat melintas jalan raya dengan selamat. Cuaca agak mendung pada hari itu. Ibu Erlynna sering menasihatinya agar berhati-hati di jalan raya bak pepatah, malang tidak berbau. Dia menunggu lampu isyarat pejalan kaki menjadi hijau dengan sabar.

__Tiba-tiba, sebuah bas merempuh sebatang pokok berdekatan lampu trafik di kawasan Erlynna berdiri. Kejadian itu berlaku dengan sekelip mata sehingga Erlynna tidak pasti punca kemalangan itu. Bahagian depan bas itu remuk sehingga kaca-kaca tingkap bahagian depan bas itu bertaburan di jalan raya. Ramai pejalan kaki yang menyaksikan kejadian ngeri itu.

__Ramai pemuda yang ada di kawasan lampu trafik itu bergegas ke pintu hadapan bas untuk memeriksa keadaan para penumpang di dalam bas itu. Beberapa penumpang yang mengerang kesakitan dan tangisan kanak-kanak juga kedengaran. Pemuda-pemuda itu menghentak-hentak pintu bas agar dapat dibuka. Kemudian, mereka memapah mangsa-mangsa keluar daripada bas itu.

__Seorang wanita berlari ke arah kolong sebuah blok untuk menghubungi pasukan polis dan ambulans. Dia juga melaporkan kejadian ngeri itu kepada pihak polis sambil memberikan butiran tempat kemalangan. Dia bertutur dalam keadaan tenang tetapi raut wajahnya menunjukkan bahawa dia risau terhadap keselamatan para penumpang bas itu.

__Pasukan polis dan ambulans pun tiba di tempat kejadian dalam masa sepuluh minit. Pihak polis mengepung kawasan kemalangan supaya pegawai-pegawai paramedik dapat menjalankan tugas dengan tangkas. Ada beberapa pegawai polis trafik mengawal lalulintas jalan raya agar laluan di situ tidak sesak. Dua orang pegawai paramedik berjaya mengeluarkan pemandu bas itu yang cedera parah.

__Suasana menjadi hingar-bingar kerana semboyan lori bomba dan ambulans memecah keheningan pagi. Kesemua penumpang dapat diselamatkan. Mangsa-mangsa yang cedera parah dihantar ke hospital dengan segera oleh pegawai-pegawai paramedik. Penumpang-penumpang yang cedera ringan dirawat di perhentian bas tidak jauh daripada kawasan kemalangan itu. Erlynna masih tercegat di lampu trafik. Kini, Erlynna memahami nasihat ibunya bahawa kemalangan akan berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Wednesday, July 15, 2009

Halaman Utama Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Qihua

Selamat sejahtera!

Jika kamu ingin pergi ke halaman utama Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Qihua, klik atas pautan ini:
http://qpsjbm.blogspot.com/

Wednesday, June 24, 2009

Selamat Datang!

Selamat sejahtera, para pelajar!
Selamat datang ke pembelajaran alam maya.

Sila baca arahan-arahan berikut:

1. Kamu perlu memuatturunkan bahan-bahan pelajaran ke dalam komputer daripada pautan
http://www.sendspace.com/ yang akan tertera dalam blog guru. Contoh: (dokumen MS Word asal) P1 Kata Nama Am, (dokumen MS PowerPoint asal) P3 Arahan, dan sebagainya.

2. Komputer kamu perlu ada perisian seperti MS PowerPoint, MS Word dan Adobe Reader. Jika kamu tidak ada perisian MS Office, kamu tidak dapat membuka atau menyelesaikan dokumen-dokumen yang telah dimuat naik. Kamu boleh klik pautan ini:
http://get.adobe.com/uk/reader/ untuk muat turun perisian Adobe Reader.

3. Buka dokumen-dokumen seperti MS PowerPoint, Ms Word atau Adobe Reader. Baca arahan-arahan yang terkandung dalam setiap dokumen sebelum menyelesaikan tugasan-tugasan yang diperlukan.

4. Setelah kamu selesai kesemua tugasan, hantar tugasan-tugasan itu melalui e-mel kepada guru Bahasa Melayu yang mengajar kamu. Alamat-alamat e-mel guru-guru adalah berikut:

i. Cikgu Juliana -
qpscikgujuliana@gmail.com (blog - http://qpscikgujuliana.blogspot.com/)

ii. Cikgu Safura -
qpscikgusafura@gmail.com (blog - http://qpscikgusafura.blogspot.com/)

iii. Cikgu Annisah -
qpscikguannisah@gmail.com (blog - http://qpscikguannisah.blogspot.com/)

iv. Cikgu Hizam -
qpscikguhizam@gmail.com (blog - http://qpscikguhizam.blogspot.com/)

v. Cikgu Esah -
qpscikguesah@gmail.com (blog - http://qpscikguesah.blogspot.com/)

vi. Cikgu Rohani -
qpscikgurohani@gmail.com (blog - http://qpscikgurohani.blogspot.com/)

vii. Cikgu Farhana -
qpscikgufarhana@gmail.com (blog - http://qpscikgufarhana.blogspot.com/)

viii. Cikgu Shaimah -
qpscikgushaimah@gmail.com (blog - http://qpscikgushaimah.blogspot.com/)

ix. Cikgu Mariam -
qpscikgumariam@gmail.com (blog - http://qpscikgumariam.blogspot.com/)

x. Cikgu Juwita -
qpscikgujuwita@gmail.com (blog - http://qpscikgujuwita.blogspot.com/)

5. Kamu perlu menghantar dokumen MS Word (Lembaran Kerja) sahaja kepada guru. Sebelum menghantar tugasan-tugasan kamu, sila 'save' dokumen-dokumen itu seperti berikut:
P1 Kata Nama Am menjadi P1 Kata Nama Am - 'nama' 'kelas'
(contoh)
P1 Kata Nama Am - Hardy Mirza Bin Taufiq Batisah 1/1
Langkah ini perlu agar guru mudah mengenal pasti tugasan para pelajar yang telah menghantar melalui e-mel.

6. Guru akan menjawab e-mel kamu dengan menaip 'E-mel kamu telah diterima'. Jika kamu tidak mendapat jawapan daripada guru kamu, mungkin beliau tidak menerima e-mel kamu. Periksa alamat e-mel guru jika kamu telah menaip dengan tepat. Kemudian, e-mel sekali lagi.

7. Jika kamu kasih tidak faham tentang arahan-arahan yang telah dinyatakan, hubungi guru kamu melalui e-mel, sertakan nama dan kelas, atau bertanya kepada guru sewaktu berada dalam bilik darjah.

8. Selamat mencuba dan selamat belajar!