Thursday, November 20, 2014

Darjah 6 BMA/BM/BML - Keputusan PSLE (2014)

Assalam Cerdik,

Saya ucapkan tahniah kerana kamu telah berjaya mencipta sejarah di Kampung Chongfu bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah 2014!

Walaupun ada sasaran tidak mengena, saya tetap berpuas hati atas pencapaian kamu.

Berikut ialah keputusan rasmi yang kamu patut besar hati:

BMA - [2 murid]
Kuantiti: 100% (dua lulus) vs 98.3% (nasional)
Kualiti: 0% (tidak sepatutnya ada) vs 20.5% (nasional)

BM - [14 murid]
Kuantiti: 92.9% (13 lulus) vs 97.4% (nasional)
Kualiti: 85.7% (12 A&A*) vs 74.1% (nasional)

BML - [7 murid]
Kuantiti: 85.7% (6 lulus) vs 97.8% (nasional)
Kualiti: 0% (belum ada) vs 13.9 (nasional)

Pecahan Kualiti BM - [12 murid]
A*: 14.3% (2)
A: 71.4% (10)

Oleh sebab beberapa sasaran tidak dipenuhi, kita batalkan habuan yang dijanjikan. Namun, kamu telah menerima habuan masing-masing atas kejayaanmu sendiri.

Kepada yang berjaya, tahniah! Cekal, kekal dan tekal mengharungi tahap seterusnya. 

Kepada yang kurang berjaya, kegagalan itu seringkali menjadi pemangkin kepada kejayaan, malah kamu mungkin akan meraih lebih banyak kejayaan. Maka, usah putus asa.

Terima kasih kerana menjadi murid-murid yang arif budiman!


Wassalam,
Cikgu Mohamed Hizammuddin





Wednesday, November 19, 2014

Darjah 6 BMA/BM/BML - Sasaran PSLE (2014)

Assalam Cerdik,

Sudahkah kamu bersedia untuk menunggu keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2014?

Berikut ialah sasaran kita untuk mencipta SEJARAH:

BMA (2 murid):
Kuantiti: 100% (2 murid lulus) - [habuan baling!]
Kualiti: 50% (1 murid Gred 1)

BM (14 murid):
Kuantiti: 100% (14 murid lulus) - [habuan baling!]
Kualiti: 78.6% (11 murid A dan A*)

BML (7 murid):
Kuantiti: 100% (7 murid lulus) - [habuan Seoul Garden!]
Kualiti: 28.6% (2 murid Kepujian dan Cemerlang)

Saya yakin kita boleh, insya-Allah!

Selamat maju jaya!





Tuesday, November 4, 2014

Darjah 6 BMA/BM/BML - Keputusan PSLE

Assalam Cerdik,

Tarikh keramat 21.11.14.

Marilah kita bersama-sama menadah kedua telapak tangan dengan iringan doa kepadaNya agar keputusan Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah 2014 cemerlang bagi Bahasa Melayu Asas, Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu Lanjutan serta mata-mata pelajaran yang lain.

Berdoalah agar kegersangan BM Kampung Chongfu dapat subur semula sehingga menyamai atau melebihi tahap Nasional bagi kuantiti (100% lulus) dan kualiti (A & A*).

Amin.