Tuesday, October 21, 2014

Darjah 6 BML - Projek Cerita Melayu

Projek Pascapeperiksaan

1.  Mencari maklumat tentang watak-watak cerita Melayu sebelum abad 1900 Masihi.
2.  Mengarang antara 5 dan 10 slaid Power Point.
3.  Membentangkan dapatan satu watak kepada rakan-rakan tanpa rujukan nota ataupun skrip.


Watak-watak Cerita Melayu
-      Hang Jebat
-      Hang Tuah
-      Tun Fatimah
-      Pak Pandir (Idris)
-      Sang Kancil (Irra)
-      Tun Teja
-      Hang Nadim (Indra)
-      Puteri Gunung Ledang
-      Tanggang (Asyura)
-      Badang (Putri)
-      Sang Nila Utama
-      Mak Andih
-      Radin Mas Ayu
-      Mahsuri (Faizah)
-      Bawang Putih & Bawang Merah (Farzad)
-      Nenek Kebayan
-      Sultan Mahmud
-      Dang Anum
-      Pak Imam
-      Pak Belalang
-      Luncai


Power Point
-      minimum 5 maksimum 10 slaid
-      cerita ringkas tentang watak pilihan – 100 perkataan
-      kelebihan dan kekurangan watak itu (sifat & sikap)
-      perkara yang kamu sukai tentang watak itu
-      perkara yang boleh dicontohi daripada watak itu
-      bolehkah watak itu hidup dan bertahan pada zaman moden?
-      siapkan bahan sebelum 02.11.14

-      mula bentang 04.11.14

Thursday, October 9, 2014

Karangan Darjah 3 (2014) - Karangan Terbaik 9


_____Pada hari Ahad yang lalu [1B], Hamid dan Ali [2S] berasa bosan di rumah. Mereka berasa bosan kerana [3M] cuaca hujan tetapi Hamid mahu berlari-lari anak [4A]. Hamid menelefon Ali lalu mengajaknya berlari-lari anak [5B]. Ali bersetuju untuk berlari-lari anak selepas hujan reda. Mereka pun bersiap lalu berlari-lari anak di ruang pejalan kaki [6M].

_____Kemudian [1B], Hamid dan Ali ternampak seorang pak cik [2S] yang terjatuh daripada motosikalnya [3A]. Mereka ambil berat tentang pak cik itu lalu membantunya [4B].

_____Selepas itu [1B], mereka membawa pak cik [2S] yang cedera parah itu ke tepi [3M]. Hamid dan Ali menelefon ambulans secepat mungkin [4B]. Mereka khuatir kerana pak cik itu cedera parah [5A]. Mereka menunggu di tepi jalan [6M]. Hamid dan Ali ialah budak-budak yang ringan tulang.

_____Tiba-tiba [1B], mereka terdengar bunyi semboyan ambulans [2A]. Hamid dan Ali segera melambaikan tangan mereka kerana mahu pemandu ambulans [3S] tahu di mana mereka berada. Paramedik mengangkat pak cik itu ke dalam ambulans [4M]. Paramedik itu mengucapkan terima kasih kepada Hamid dan Ali kerana menelefon ambulans [5M]. Mereka ada akal untuk menolong orang yang cedera [6B].

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Nur Nadhirah Bte Abdul Kareem
3 Innovative
Sekolah Chongfu

Markah:
Isi – 8/8
Bahasa – 5/7


Ulasan guru: