Monday, January 30, 2012

Karangan Darjah 6 - (1) 09.01.12 (Karangan Terbaik)




_____”Shila, Ahmad bangun. Sudah pukul enam setengah pagi. Bangun!” ibu Shila dan Ahmad mengejutkan dua beradik itu agar pergi ke sekolah.

_____Selepas Shila dan Ahmad bangun lalu mahu pergi ke bilik air untuk mandi, mereka ternampak ibu mereka sedang sibuk melakukan kerja rumah. Mereka bersimpati terhadap pengorbanan ibu mereka.

_____Beberapa minit kemudian, Shila dan Ahmad mahu berangkat ke sekolah. Mereka masih melihat ibu mereka sedang bekerja keras untuk membersihkan rumah.

_____Pada jam satu petang, Shila dan Ahmad baru pulang dari sekolah.

_____”Ibu! Kami sudah pulang! Ibu, mengapa ibu memegang dahi ibu sambil menyapu lantai? Ibu terasa pening?” Shila bertanya kepada ibunya.

_____Apabila Shila dan Ahmad mendekati ibu mereka kerana mereka mahu menyalami tangan ibunya, tiba-tiba, ibu mereka terjatuh ke lantai.

_____Shila dan Ahmad cepat-cepat mencampakkan beg mereka di kerusi ruang tamu lalu mereka memapah ibu mereka masuk ke bilik ibu mereka. Setelah membawa ibu mereka masuk ke dalam bilik, Shila pergi mengambil ubat untuk ibunya yang tersayang supaya ibunya dapat makan agar cepat sembuh. Selepas itu, dia memegang dahi ibunya untuk memeriksa suhu badan ibunya.

_____”Mujurlah ibu tidak demam tetapi ibu masih harus beristirahat kerana mungkin ibu rasa penat kerana membuat kerja rumah sepanjang hari,” kata Shila.

_____Sebelum keluar dari bilik, ibunya berkata bahawa dia telah memasakkan lauk-pauk untuk Shila dan Ahmad. Mereka harus menghidangkan lauk-pauk ke dalam pinggan mangkuk.

_____Shila pun menghidangkan lauk-pauk yang telah dimasak oleh ibunya ke dalam pinggan mangkuk.

_____Shila dan Ahmad meninggalkan sedikit lauk-pauk untuk ibu dan ayah mereka. Selepas itu, mereka mengangkat pinggan mangkuk ke singki untuk dicuci.

_____Kemudian, Shila dan Ahmad mandi lalu menyiapkan buku-buku aktiviti yang ada kerja sekolah untuk dibuat. Sementara Ahmad mandi, Shila mencuci pinggan mangkuk. Selepas mencuci pinggan mangkuk, dia masuk ke dalam bilik ibunya untuk menyuapkan ubat ke dalam mulut ibunya.

_____”Ibu! Bangun ibu. Ibu harus makan pil dan minum ubat ini supaya ibu cepat sembuh,” Shila mengejutkan ibunya supaya minum dan makan ubat.

_____Selepas beberapa minit, Shila dan Ahmad pergi belajar bersama-sama di ruang tamu. Jika Ahmad menghadapi masalah semasa menjawab soalan, Shila kan membantu untuk menerangkan jawapannya. Ahmad berasa bangga dan bersyukur kerana mendapat kakak yang baik hati, penyayang dan pandai.

_____Tidak lama kemudian, Ahmad dan Shila terdengar ibu mereka memanggil mereka. Ibu mereka sedang muntah di dalam bilik air yang berada di dalam bilik ibu mereka. Ibu mereka sering muntah dan berasa mual sehingga esok pagi.

_____Pada keesokan hari, bapa mereka membawa ibu mereka pergi ke klinik. Mujurlah ibu mereka hanya pening-pening sahaja. Doktor berkata bahawa mereka akan mendapat seorang adik baru. Mereka menjadi amat gembira.

(Isi karangan telah diperbaiki.)

Dikarang oleh:
Auni Zafirah Bte Taufek
Peseverance 6-4
Sekolah Rendah Qihua

Markah
Isi – 15
Bahasa – 16

Ulasan Guru:
Isi agak padat. Susunan ayat yang baik.