Tuesday, October 13, 2009

Karangan Berantai Darjah 3 (Sesat Di Rimba)

___Cuaca pada hari itu sangat panas terik. Ramai orang hendak pergi berkhemah di dalam rimba. Walaupun cuaca amat panas, suhu di rimba itu dingin kerana banyak pokok yang memberi teduh. Pelajar-pelajar Sekolah Rendah Qihua ingin berkhemah di sana. Mereka berbual-bual sambil berjalan dengan perasaan gembira.

___Setelah mereka tiba di suatu kawasan yang lapang, mereka berhenti lalu memasang khemah. Dua orang budak lelaki telah menyalakan api menggunakan ranting-ranting kering. Ada dua budak perempuan pula sedang mencari makanan yang dibawa untuk memasak. Tiba-tiba, awan menjadi mendung lalu suasana menjadi gelap.

___Auni disuruh oleh gurunya untuk mencari sebatang sungai untuk mendapatkan air. Dia membawa sebuah baldi yang kosong. Sewaktu Auni berjalan seorang diri di rimba itu, seekor binatang buas sedang memerhatikannya. Tiba-tiba, binatang buas itu menghampiri kawasan perkhemahan dengan senyap.

___Binatang buas itu mula menyerang kawan-kawan Auni. Mereka pun terperanjat lalu berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri. Binatang buas itu merayau-rayau untuk mencari mereka. Auni terdengar pekikan kawan-kawannya lalu dia kembali ke kawasan perkhemahan. Malangnya, Auni tersesat jalan.

(sambungkan dan akhirkan cerita)